Ahad, 1 Ogos 2010

Ramadhan bakal menjelang

Pejam celik, tak sedar masa sangat pantas berlalu. Umur pun sudah semakin lanjut, dan semakin dekat kita dengan kematian yang pasti...Cuma tidak tahu bila masanya. Mungkin sahaja sebentar lagi kita dijemput.

Sekejap sahaja rasanya, bulan Ramadhan yang mulia akan datang menziarahi kita semula. Pendek sahaja masa setahun rasanya.

Maha suci Allah, tuhan yang maha pengampun, kita memang wajib bersyukur kerana diberi anugerah Ramadhan ini. Inilah bulan yang penuh dengan rahmat, penuh dengan berkat, penuh dengan keampunan, penuh dengan keredhaan dari Allah.

Betapa sayangnya Allah kepada kita, dikurniakan kepada kita nikmat seperti ini supaya kita yang banyak titik hitam dalam hati ini, yang mana hatinya sudah gelap, berpeluang memulihkan hati kita dan mendapat keampunan Allah. Maka sangatlah rugi bagi manusia yang tidak mahu mengambil kesempatan yang dikurniakan kepada kita ini.

Apakah persiapan kita?

Cukupkah sekadar berkelakuan seperti biasa sahaja sepanjang Ramadhan?

Bulan Ramadhan ini adalah peluang untuk kita lakukan kebajikan sebanyak-banyaknya. Bukan bermakna bulan-bulan lain tidak perlu berbuat baik, cuma kebaikan yang kita lakukan perlu dilipat gandakan dalam bulan Ramadhan. Allah membuka seluas-luasnya pintu kebaikan untuk kita sepanjang Ramadhan. Jadi kita perlu rebut!

Ya, Ramadhan adalah bulan CHEAP SALE atau JUALAN MURAH untuk pahala!!! Kalau ketika jualan mrah di pasaraya kita sanggup pergi berebut, takkan pahala yang mudah didapati ketika Ramadhan kita tak mahu rebut?

Namun bagi mereka yang masih berhutang dengan Ramadhan yang lepas, perlulah kiranya mempercepatkan membayarnya (Ganti puasa). Kalau tidak fidyah sudah pasti perlu dibayar, dan puasa tentunya masih wajib diganti.

Jadi cepat-cepatlah ganti ye.

Semoga Ramadhan yang bakal menjelang nanti dapat dimanfaatkan dengan baik. Dan berdoalah moga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...