pAlhamdulillah sekarang sudah selamat bergelar suami. Kehidupan berjalan seperti biasa, cuma tanggungjawab telah bertambah. Moga tanggungjawab yang bertambah ini menjadi motivasi untuk lebih memberi semasa hayat dikandung badan insyaAllah...
Akad nikahku..
Berdegup-degup jantung semasa melafaz akad terima nikah. Barulah tahu betapa gemuruhnya orang waktu nak berakad. Selama ini hanya tengok, kali ini dirasa sendiri.Hingga tersasul dibuatnya, kena ulang sekali lagi. Bapa pengantin perempuan (bapa mertua) begitu bersemangat melafazkan ijab. Maklumlah dah berlatih sekian lama kerana mahu menikahkan satu-satunya puteri dalam keluarga. Pengantin lelaki pula (saya) esok nak nikah, baru cuba-cuba nak lafaz qabul. Sempatlah berlatih sikit depan tok kadi.
Alhamdulillah lafaz kedua tidak tersasul dan tersangkut. Syukur tak terhingga.
Alhamdulillah hajat ibu kali ini kesampaian nak bermenantukan/berbisan dengan orang dekat. Kluang dan Renggam hanya memerlukan 30 minit perjalanan menaiki kereta. Berbanding dengan abang yang sulung (kedah) dan abag kedua (di Pahang).
Bagaimana perasaan ?
Itu antara soalan yang kerap ditanya. Atau dalam versi lainnya "best tak kawin??". Sekadar mengukir senyuman, jawapan pendek pun diberi. "Nak tau, kawin la".
Tak kurang juga soalan agak nakal daripada kawan-kawan yang boleh dikategorikan sebagai censored atau 18SX. Soalan begini tak boleh dilayan sangat, nanti lain jadinya.....
Perasaan lebih tenang selepas berkahwin. Maklumlah gadis pilihan sudah menjadi isteri hehe.....
Terasa lain sedikit bila makanan disediakan, bilik ada yang tolong kemaskan, dan macam-macam lagi. Seronok juga..
Tanggungjawab
Tapi seronok-seronok pun, tanggung jawab tak boleh lupa. Besar tanggungjawab menjadi seorang suami. Hidup bujang dan hidup bergelar suami memang berbeza. Tempat tinggal, makanan dan pakaian si isteri menjadi tanggungjawab suami. Kalau kerja main-main, alamatnye tak tertanggung semua tu.
Kalau dulu beli baju sorang-sorang, kena juga fikir pakaian isteri...Berbelanja pun, kena fikir belanja untuk isteri. Bila makan, kena fikir juga makan isteri kita. Bila naik kereta, naik motor, fikir juga bagaimana kenderaan isteri.
Silap haribulan, benda ini kalau disalah tafsir akan menjadi sebagai bebanan yang sangat berat untuk kita. Walhal bukan begitu. Bagi saya tanggungjawab yang tergalas di bahu suami dan isteri adalah satu proses untuk mengenal pasangan masing-masing, mendidik diri supaya menjadi lebih matang, hidup lebih bahagia dan mendapat redha daripada Allah.
Tanggungjawab bulanlah beban yang akan menyusahkan dan membuatkan seseorang hidup merana.
Terasa juga beratnya. Harap perkahwinan menjadi titik tolak supaya kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa..Amin....
*terima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan saudara mara terdekat yang banyak membantu dan memberi sokongan. Tak lupa buat sahabat-sahabat yang hadir dan mendoaka kebahagian kami suami isteri. Hanya Allah jua yang mampu membalas budi baik kalian semua..
1 ulasan:
tahniah ye bakal menjadi bapa..memang murah rezeki kamu...doakan aku sekali ye..mudah2an murah rezeki aku dalam masa terdekat ni..syukur kawan2 da kawin dan sangat gembira.tp sedih tak dapat nak datang..maaf ye..
Catat Ulasan