Khamis, 8 April 2010

Mari ke Zoo Negara

Para pelajar baru sampai ke Zoo Negara. Masing-masing sudah tidak sabar menyerbu masuk...

Di hadapan pintu masuk zoo. Sedang membuat kiraan. Bukan apa, takut terlebih pula bila balik nanti.

Bertindak selaku ketua rombongan (di atas kertas cadangan). Sedang mengira duit tiket. Tiket untuk 100 orang pelajar dan 9 orang guru telah dibeli.

Aktiviti pertama, melihat pertunjukan haiwan. Masing-masing teruja melihat. Melopong mulut.

Melepaskan rehat seketika sebelum "dikerjakan" lebih teruk oleh pelajar-pelajar.

Seterusnya aktiviti meronda zoo. Pelajar melihat "saudara" di dalam sangkar.

Berhenti sebentar "isi minyak".

Tinggi sungguh makhluk Allah ni...

Ada yang pertama kali melihat zirafah secara langsung di depan mata (termasuklah saya)

"Ustaz tengok sana tu!!!" Akram kelihatan sangat berminat.

Perjalanan 100 orang pelajar diteruskan lagi. Sambil berjalan sambil bercerita.

Ada yang sudah keletihan berjalan memandangkan sudah jauh berjalan. Luas juga Zoo Negara.

"Gajah ni bau die busuk la" kata Muhammad. "Memang la sebab dia jarang mandi" Cikgu Hasmah melayan.

Bergambar sebentar setelah penat menapak mengelilingi zoo.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekolah apa? comelnya anak murid

fauzi berkata...

integrated islamic school kota damansara

Puteri Nailofar berkata...

Seronoknya jadi cikgu.... =(

fauzi berkata...

boleh cuba mhon kerja kat sini kalau nak

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...