Khamis, 14 September 2017

Colour of Voices overrated??

Kita lari sikit dari topik mlm dan scam.

1. Ramai dah tahu kan kumpulan vokal acapella Malaysia, Colour of Voices. Generasi muda sekarang mesti tahu. Meletop dan popular.

2. Tak dinafikan mereka berbakat. Menyanyikan semula lagu lama dengan nafas baru dan secara acapella saja. Ya suara keluar dari mulut sendiri semua. Ingat senang nak buat acapella???
Kena teliti dan cerewet.

3. Lagu yang dinyanyikan mendapat reaksi positif. Kedengaran harmoni dengan beat box, bass dan harmoni suara yang berkesan. Padan dan tak sumbang.

4. Peminat acapella perlu dengar. Berbaloi dan menyeronokkan.

Tetapi.

5. Anda perlu tahu, konsep jika diluar negara kumpulan seperti ini tidak asing lagi, malah banyak ada. Boleh buat carian di youtube. Jadi jika nak terus bersaing di luar, perlu kerja keras lagi.

6. Mereka tak ada lagu sendiri? Kebanyakannya nyanyi lagu orang. Bukannya tak ok. Cuma lebih power lagi jika ada hasilkan lagu sendiri secara acapella. Menjadikan lagu lain acapella memang bukan mudah. Tapi mencipta lagu baru sendiri untuk popular jauh lebih susah.

7. Group yang terkenal dengan acapella seperti otai boyz ii men terus menghasilkan lagu sendiri untuk bersaing. Group the gospellers (popular lagu promise) di jepun yang dah tua pun terus dengan karya mereka.

8. Senangkata untuk terus bertahan, kena hasilkan karya sendiri. Tak cukup dengan beri nafas baru pada karya orang.

9. Ada lagu yang tak sesuai diberi nafas baru. Peminat lebih suka rentak lama yang lebih evergreen dan sedap telinga dengar.
Contohnya lagu beauty and the beast. Nyanyian versi baru tak mendapat sambutan. Padahal lagu itu meletop seantero dunia didendangkan celine dion dan peabo bryson.

Colour of voices ada dalam iklan nescafe nyanyikan semula lagu man bai (kau ilhamku). Ada yang suka, ada juga yang tak suka. Sebab feel & mood lagu macam tak kena.

10. Seronok buat acapella ni. Lagilah bila menjadi. Tapi kena banyak latihan.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...