Khamis, 8 Disember 2016

Pressure Cooker: Noxxa vs Philips

Kami memang selalu masak di rumah. Iyelah kalau makan luar saja kopaklah poket. Gaji bukannya besar mana pun. Lebih jimat untuk jangkamasa panjang. Jadi dalam memudahkan kerja memasak ni ada kawan yang cadangkan beli 'pressure cooker' (pc). Sebelum ni memang tak pernah terlintas pun dalam kepala hal p.c ni. Rupanya benda ni dah lama wujud kat dunia ni. Punyalah ketinggalan.

Kawan-kawan isteri ada yang cadangkan beli pc jenama Noxxa, bawah Amway. Amway syarikat MLM. Bila tanya-tanya harga terkini dalam RM800 juga. Maklum balas dari kawan-kawan yang dah beli dan guna, periuk ni memang bagus. Kerja memasak jadi cepat dan tak perlu perhatian dan menunggu lama macam masak guna dapur biasa. Kalau masak bubur tu tak perlu nak jenguk dan tak berkerak periuk.

Tapi itulah...hargenye agak mahal la bagi kami yang tak berapa nak kaya ni. RM800.... Lagipun kita sedia maklum, harga produk yang dipasarkan secara MLM ni memang mahal (dah siap kira % untuk agen & upline)
* agen amway mesti tak suka orang cakap gini haha.

Jadi kami cari periuk pc jenama lain di pasaran. Godek-godek internet, banyaklah lagi jenama lain yang jumpa. Dari semurah-murah harga hinggalah ke harga riban-riban tak ingat dunia.

Akhirnya kami sasarkan jenama philips model 2139. Bila buat carian pasal model ni, ramai juge rupenye terjebak pakai pc philips ni. Siap ada juga fb group. Fungsi? Sama juga macam periuk noxxa. Jimatkan masa memasak. Ade juga butang untuk mod masak pelbagai makanan macam ayam, daging, bubur, nasi.

Harga? Harga jauh lebih murah! Kalau online di web lazada atau gemfive boleh dapat harga bawah RM350! Kalau beli di kedai elektrik dan pasarraya harganya sekitar RM400 hingga RM500. 

Jadi disebabkan harga yang murah ditambah dengan jenama yang kukuh (philips) maka kami pilih nak beli pc philips 2139. Cadangan awal nak beli online di gemfive atau lazada. Tapi bila fikirkan susah nak buat 'claim' kalau rosak, maka kami pilih beli di kedai.

Pusing punya pusing sampailah ke BPmall (Batu Pahat Mall). Jumpa promosi di kedai Charlie. Philips pc cuma RM399.
"kalau ade apa-apa rosak boleh datang claim kat kedai kita bang. Kita uruskan semua. Ade jaminan 2 tahun" kate adik yang kerja di situ.
Jadi pencarian kami berakhir di situ. Selamat RM399 beli Philips Pressure Cooker.

Resepi pertama yang kami masak guna periuk ni adalah bubur daging. Sediakan bahan 5 minit. Proses panaskan dalam 5 minit. Masak guna tekanan 30 minit. (guna mod masak daging). Biasa kalau nak masak bubur, tambah daging lagi memang lama nak masak. kena rajin kacau juge nak kurangkan periuk berkerak. Daging kena masak lama nak bagi lembut. Tapi guna pc ni cuma masukkan semua bahan, pilih mod yang kita nak guna dan biar masak. Boleh pergi buat kerja lain. 

Hasilnya beras kembang elok, daging pun lembut. Budak pun senang nak makan.

Jadi kepade sesiape yang nak beli pc ni kami cadangkan beli jenama philips. Harga pun tak mahal sangat dan kualiti pun bagus.

* setakat 2 hari ni dah masak bubur daging, sup daging, kari daging, nasi putih, nasi goreng. 

60 ulasan:

Unknown berkata...

Info ni menyelamatkan adik2 saya dari terbeli Noxxa mahal tu. Share juga dgn semua sahabat baik saya. TQ

Nur Fauzi berkata...

Cuma fungsi model 2139 ni tak ada slowcook. Periuk pun lebih kecil dari noxxa.
Tapi saya tak perlu sangat fungsi slowcook.
Model philips yang terbaru ada fungsi slowcook.

mila hlovate berkata...

Hai saya pn tgh survey pc ni. Pc ni boleh stir fry tak?

Nur Fauzi berkata...

Boleh. Ada mode bake. Biasa kalau nak tumis tekan di mode bake tu. Selesai tumis boleh off dan tukar ke mode lain yang kita nak guna.

Aniz berkata...

Alhamdulillah..ade jugak insan yg prihatin up kn info pasal pc brand lain selain noxxa..noxxa tu luar dari kemampuan sy nk beli..mmg ramai buat kutu noxxa..tp x minat pulak main kutu2..nnt jiwe kacau nk tggu bile nk dpt periuk nye..haha

Nur Fauzi berkata...

Ada banyak lagi jenama lain macam sharp, butterfly. Boleh tengok online di web lazada. Yang harga lagi mahal dari noxxa pun adeee.
Ape pun pilihlah ikut kemampuan kite.

ZURINA BT HARITH berkata...

Terima kasih bro...info terbaik utk akak

Nur Fauzi berkata...

Boleh cari online kak. Ada banyak pilihan. Lazada ade banyak.

norsadira berkata...

Bestnyer

Unknown berkata...

Letak la gamba

Tanpa Nama berkata...

Atikel ni selamatkan adik2 saya dari main kutu beli Noxxa .....Alhamdulillah

Unknown berkata...

Hr ni sy baru order philip all in one cooker HD2137.Dah lana2 tunggu,rupanya rezeki sy..dr harga rm799,sy beli di 11street hr ni strt ada shocking deal,dpt rm526..free 1 lg periuk stainlesstill.lps tu bila nk check out byr,tgok 11 street bg sy lg coupon rm54.20 ,sbb sebelum ni pernh beli brg electric d 11 street jgk.order hr ni,esok smpi dah.suka model ni sbb dia mcm noxxa,ada butang sear/saute utk menumis..berbaloi dr harga selama ni rm799 sekli dpt trmasuk post hnya rm493 shj..dgn percuma lg 1 piuk xtra,syukur..ada 2 thn waranty from philip lg..so excited

Nur Fauzi berkata...

Wahhhh..untunglah kak!
Model baru tu lagi mengancam.

Tanpa Nama berkata...

Model baru philip berapa liter..model yg lama berapa liter..apa yg baru ada compare kpd yg lama?..Minat nie

Tanpa Nama berkata...

Philips hd2137 or 2139 ni boleh memanngang tak?

Tanpa Nama berkata...

Philips hd2137 or 2139 ni boleh memanngang tak?

Tanpa Nama berkata...

Salam
Nak tnya, saya ada beli sharp preasure cooker. Kalau nk stir fry or tumis dulu nak guna function apa ye? Ada sesiapa kat sini yg boleh bantu?

Nur Fauzi berkata...

Saya tak pernah guna sharp. Tapi tak silap boleh set nak masak guna mod apa(mcm ayam, daging). Tuang minyak sikit tunggu sampai panas. Lepas tu tumis.
Pressure cooker ambil masa nak panas sampai tekanan yang sesuai. Jadi sementara belum cukup tekanan tu boleh tumis dulu.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan nur fauzi bassar utk info.

Unknown berkata...

Best blog so far. Tq utk semua info en bassar.

Unknown berkata...

TQ info

Tanpa Nama berkata...

Periuk noxxa..sya x berfungsi..button on..tpi noxxa x panas dn bunyi tu skli sja..

Unknown berkata...

Makcik dh guna brand russell taylor, sharp, noxxa n cornnel, semua ok. Selain dr noxxa yg lain ada pelbagai butang program. Mkcik biasa msk 4 jenis menu dlm satu hari guna periok2 ni tak penat n cepat.

Unknown berkata...

Makcik dh guna brand russell taylor, sharp, noxxa n cornnel, semua ok. Selain dr noxxa yg lain ada pelbagai butang program. Mkcik biasa msk 4 jenis menu dlm satu hari guna periok2 ni tak penat n cepat.

Tatie Tieha berkata...

Dlm byk2 brand mana yg mkck suggest utk small family & senang buat stok ayam baby? Yg penting ada periuk stainless steel utk baby ni.

myretina berkata...

info menarik... dok cari periuk boleh buat semua benda

Nur Fauzi berkata...

Terima kasih yang datang jengah.
Siapa nak beli noxxa tu silakan. Bagus juga periuk tu. Kapasiti pun lagi besar. 8 liter.

Saya ambik brand philips tu sebab murah tapi jenamanya terkenal & kualiti.

Ada juga kawan yang guna jenama lagiii murah macam russel taylor. Tahan juga bertahun tak rosak.

Unknown berkata...

info yg bagus..

Mila berkata...

As salam En, hrga periuk noxxa tu tak termasuk % upline pun. Sbb untung runcit dari periuk tu milik si penjual sahaja, kalau syarikat bagi bonus, duit tu pun utk penjual sahaja. Upline tak dapat apa2 duit pun, hehehe. Btw encik info 👍🏻. Membeli mengikut kemampuan diri 🤗

Nur Fauzi berkata...

Dah masak dengan mlm. Setiap belian ahlu bawahan akan menyumbang juga pada point/value upline secara terkumpul dan layak bonus kumpulan kalau upline maintain buat belian minimum.
Kita kenal mlm bukan setahun dua.

Tanpa Nama berkata...

Maaf la, serik dgn noxxa. Dah dua kali rosak. Sekali repair kena hampir rm200. Pakai sebulan lebih rosak lagi. Ni yg saya survey Philips pulak.

Unknown berkata...

salam tuan...thx for the info shared...sy mmg tgh buat perbandingan between nixxa n philips 😊. nak tny...philips yg tuan beli tu brp liter?

Unknown berkata...

tq info

Mamamiza berkata...

Nice info. Trm ksih ats prkongsian.. :)

Tanpa Nama berkata...

untung runcit dan kumpul point berlainan en..tue cara org2 MLM cari rezeki..tak perlu pertikaikan..nak beli apa2 hak masing..tiap brand ada kelebihan dan kekurangan..

Tanpa Nama berkata...

Philips HD3127 mmg berbaloi..sy recce lama utk tunggu harga dia murah..last2 dpt rm515+SS pot free..
Mmg sy compare dgn Noxxa jgk. Kalah kat kapasiti sbb noxxa 8 liter. Philips HD3127 6 liter..tp part button friendly tu Philips best.

fauzi berkata...

6 liter

fauzi berkata...

Umum tau produk mlm mahal

Unknown berkata...

Tq for info

Unknown berkata...

Sy pub tgh banding2 kan noxxa dan philips... Huhu

Unknown berkata...

Wow.. Amazing... Mcm menarik pla Philips ni. Saya pun tengah servay2 pc. Betul jg kan, apa2 pun beli ikut kemampuan sendiri. Terbaik...

Mami lin berkata...

Alhamdulillah..walaupun cerita ni dh lama, ada juga yg share. Tqsm tuan. Berhajat nk beli pc tapi mls nk beli yg komitmen bulanan. Blh la survey Philip tu plak. Tq again

Unknown berkata...

Tanpa nama.. beli dkt mn?masih ada promosi pot free lg x?

Unknown berkata...

Perkongsian yg terbaik....sya pun sdg mencari pc....tq semua

Farissya berkata...

Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian..saya pn dah lama mengidam PC.. akhirnya memilih TPC Tefal..berbaloi² rasanya bila memasak..tefal pulak ada opti taste teknologi..utk membuatkan masakan kita lbh sedap/balance dgn rasa sekaligus mengurangkn penggunaan MSG..

era berkata...

sis msih belum faham mlm..hatta bukan mlm saja...mana2 pun sama..sykt dah makup siap2 tu..cth harga barga brg dpt dri kilang 100...nti dia makup la untung sykt dia...pas tu markup lagi utk untung dealer..pastu dealer markup lagi utk untung agen..nanti agen makup lagi utk untung dia..klo agen ada dropship ah makup lagi..last2 jadila brg tu rm285..ni klo mark up +-30%...dlm MLM bila kita msuk member kita ada upline dgn pelbagai level dan pangkat...byk org tu amway kna bayar..hihi...org bwh beli brg org ats dpt point..point2 ni la nnti convert jdi duit yg di byr oleh sykt...dri mna sykt nk korek duit nk byr tuuu...hihi...kalau faham baguslah...klo x faham x pelahh...hahaha...

yummyfood berkata...

Bagi days, Noxxa pressure cooker (the latest one) Masih hebat walapun ia agak mahal. Sebagai ahli Amway, ia berharga rm6xx. Juga jaminan seumur hidup. Brand lain cuma jaminan setahun.

Nur Fauzi berkata...

Kena terima hakikat produk mlm memang mahal berbanding harga pasaran.
Mlm lagi banyak markup harga produk sebab nak cover komisyen bonus pelbagai aras semua tu.

Nur Fauzi berkata...

Hari ni dah banyak pressure cooker yang mampu milik bawah rm400.
Russel taylor, midea, butterfly, philips, sharp, tefal, banyak lagi.

Saya sendiri dah pakai philips hd 2139 sejak 2017. Berfungsi lagi tapi memang ada la part yang kena tukar macam ring gasket (getah) tu. Sebab hampir setiap hari guna untuk masak.

Pot pun dah tukar sebab calar balar kena tulang.

Dan kena ingat takda bemda yang tahan selamanya. Satu hari pasti kena tukar jugaaa.

Shafida berkata...

Apa maksud jaminan seumur hidup tu ya. Kalau rosak boleh baiki free ke mcm mana. Noxxa saya yg xheavy user rosak. Baru sempat nk g hntr ke hq utk baiki. Ni noxxa keluaran lama. Dia dh msg bagitahu harga utk tukr yg rosak total 347.50. Tgh berdikir2 nk beli baru jenama lain@ nk baiki aja hurmm.

Shafida berkata...

Apa maksud jaminan seumur hidup tu ya

Miamanje berkata...

Sy pun masih terpikir nk bli pc yg mana noxxa ke Philip.. Masih mencari2.. Smpai skg msih memikir2 lagi.. Kakakaaa ��

Iza berkata...

Ye.. Noxxa cepat rosak... Mak sy n makcik sy punya pun rosak... Mmg x repair dh sebb mahal.. Baik beli baru

Iza berkata...

Ye.. Noxxa cepat rosak... Mak sy n makcik sy punya pun rosak... Mmg x repair dh sebb mahal.. Baik beli baru

Iza berkata...

Ye.. Noxxa cepat rosak... Mak sy n makcik sy punya pun rosak... Mmg x repair dh sebb mahal.. Baik beli baru

Unknown berkata...

Nak cari getah dan pot philips hd2139 ni kat mane? Ada nombor untuk dihubungi tak?

Unknown berkata...

Ada nombor philips utk beli pot dan getah hd2139 tak+

Fazlizam berkata...

Fuhh naseb jumpe blog ni. Komen pn byk membantu. Sebelum ni nk compare noxxa dgn philips, tp rasanya skrg nk compare philips dgn tefal la pulak. Noxxa warranty setahun je, dh tu ada yg komen rosak nk repair 300 lebih. Aduh terciduk, go for branded item with longer warranty la. Apa² pun thanks tuan tanah.

Faz berkata...

Mana y best ek..noxxa vs Philips..tgh pikir2....dah pakai Russell Taylor tp rosak plak.baru 2thn usianya...

Lagoskaf berkata...

kenapa noxxa dgn philips jer .. kalau brand lain mcm la gourmet pressure cooker nie bagus tak? baru baru nie ada promo

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...