Rabu, 11 Mei 2016

Syarikat CWC patuh syariah? (arba network)

Bagi merek yang baru mula baca, post ini adalah lanjutan daripada siri penjelasan arba network. Program arba network bawah syarikat CWC memberikan hibah secara tetap setiap bulan dengan pembelian produk cwc. Sebahagian produk diserahkan semula pada syarikat untuk dijual. Untuk lebih jelas sila rujuk post berkenaan arba network sebelum ini.

Kini CWC beroperasi tanpa lesen AJL setelah dibatalkan oleh KPDNKK tahun lalu (2015). Namun program seperti skim cepat kaya masih lagi berjalan. Pembeli yang membeli produk masih lagi dijanjikan pulangan tetap setiap bulan dan mendapat semula modal belian setelah cukup masa setahun.

Penjelasan lanjut berkenaan patuh syariah ini boleh rujuk FB page Ustaz Lariba. 

Perlukan penasihat syariah?

Syarikat 'trading' biasa tak memerlukan penasihat syariah kerana urusniaga yang dijalanlan mudah. Hanya jual beli yang biasa, seperti yang kita lakukan setiap hari.

Contoh: Anda pergi kepada pembekal ubat gigi dan beli secara pukal. Anda bayar pada pembekal, pembekal terima duit anda. Urusniaga selesai. Itu sahaja. Mudah kan? Seperti urusan kita beli barang di kedai.

Tetapi apabila melibatkan urusniaga yang pelbagai, dan pulangan tetap kepada pembeli dan juga pemulangan semula nilai pembelian tanpa pemulangan produk, maka ianya bukan urusniaga jual beli yang biasa dan mudah seperti membeli makanan di kedai. 

Pelan CWC

Dalam usahasama cwc, anda beli produk dengan harga RM10 ribu (contoh). Anda dapat produk. Kemudian 80% produk (contoh)  yang anda beli anda cwc uruskan untuk jual semula pada anda syarikat cwig di indonesia. Cwig pula akan membayar secara ansuran kepada anda selama 12 bulan. Jadi anda dapat pembayaran dengan nilai yang tetap setiap bulan.

Cukup 12 bulan, anda akan dibayar pula bonus bersamaan nilai belian anda pada bulan yang pertama tadi. Jadi untung berganda-ganda. Produk dapat, duit pun dapat balik.

Nampak pelik. Jadi urusniaga sebegini memerlukan penasihat syariah yang berkelayakan untuk menilai.

Transaksi apa yang digunakan?

Transaksi yang berlaku diatas bukanlah al-bay' (jual beli) yang biasa. Sebaliknya adalah bay' tawarruq. Tawarruq hampir menyamai bay' al-'inah. Bezanya adalah tawarruq, jualan semula produk dilakukan kepada pihak yang ketiga, berbanding  bay' al-'inah urusniaga berlaku antara dua pihak sahaja.

Akad ini jelas bertujuan mendapatkan pembiayaan dan ada digunakan dalam sistem kewangan Islam di Malaysia. Ulama juga berbeza pendapat berkenaan tawarruq. Ada yang menyatakan haram dan harus.

Jadi usahasama CWC adalah harus?

Perlu kita ingat bahawa CWC bukanlah satu institusi kewangan seperti bank. Justeru menyatakan harus dengan membandingkan tawarruq yang dibuat oleh institusi kewangan adalah perbandingan yang tidak setara dan sangat jauh.

Anda perlu ingat bahawa perbankan Islam tertakluk dibawah akta kewangan Islam. Mereka mempunyai penasihat syariah (bukan seorang) yang bebas dan tidak terikat dengan bank untuk menilai operasi mereka patuh syariah. Selain itu dalam institusi itu sendiri perlu wujud sebuah bahagian/jabatan syariah untuk meneliti dan mengawasi segala operasi dan produk mereka supaya patuh syariah.

Jadi ramai/banyak pihak yang terlibat dalam hal pengesahan patuh syariah ini. Bukan benda yang kecik dan main-main. Sudah tentu juga melibatkan kos kerana menggunakan kemahiran mereka yang pakar dan berilmu dalam bidang muamalat.

Sekiranya didapati institusi (contohnya bank islam) tersebut mengeluarkan produk tidak patuh syariah dan berjaya dibuktikan, boleh didenda hingga berjuta-juta RM. (nak jumlah tepat kena rujuk akta)

Dari sudut maqasid syariah juga terlihat bahawa kewujudan institusi kewangan Islam memberi alternatif untuk menjauhi kewangan konvensional yang jelas riba

Jika anda nak menyamakan CWC dengan pihak bank, maka CWC perlu buat apa yang dilakukan oleh pihak perbankan Islam.

Ada banyak perkara yang boleh dipersoalkan. Tapi saya hanya mahu sentuh berkenaan cwig.

Cwig turut dimiliki oleh pemilik cwc. Dua syarikat berbeza tetapi pemilik yang sama. Logiknya syarikat trading biasa mahu menghabiskan produk mereka secepat yang mungkin. Bagi kes cwc dan cwig pelik bagi pemilik  kerana beli kopi stok syarikat sendiri?

Logiknya, syarikat yang berniaga akan cuba mendapatkan produk jualan dengan kos yang murah dari pembekal/pengilang/syarikat yang lain. Itu memang fakta. Tapi mengapa cwig beli produk dari pelanggan cwc. Beli pula dengan harga pasaran, bukan dengan harga pukal. Tidak ke pelik nampaknya? Mengapa tak beli dan pesan sahaja dari cwc secara pukal (banyak). 
Umum tahu bila kita beli secara pukal dan borong, harga akan menjadi lebih murah!

Antara perkara yang perlu dinilai dalam transaksi tawarruq ini adalah kemampuan menunaikan tangggungjawab/obligasi. Cwig sebagai pihak ketiga perlu dinilai daru sudut kemampuannya membayar ansuran produk.

Untuk menilai kemapuan cwig, banyak perkara perlu diambil kira seperti modal berbayar syarikat, kedudukan kewangan semasa syarikat, prestasi jualan syarikat, aktiviti pemasaran yang dijalankan, aktiviti/jualan atau penghasilan produk lain untuk keuntungan, dan banyak lagi.

Ini bagi memastikan cwig bukan syarikat 'ada-ada saja' atau kambing hitam.

Jualan produk kepada cwig juga perlu dipastikan berlaku, atau hanya sekadar jualan atas kertas sahaja tapi tidak berlaku pun pertukaran hak milik produk secara nyata. Perlu dibuktikan penghantaran dan pembelian memang dilakukan.

Boleh juga ditanya apa aktiviti utama cwig di sana. Asakah cwig juga melaksanan transaksi tawarruq dengan menasihatkan pelanggan menjual produk pada pihak ketiga iaitu cwc di Malaysia.

Ulasan yang dibuat adalah hasil dari pendedahan yang dibuat oleh page ustaz lariba setelah berjumpa dengan penasihat syariah cwc.

Sama-sama kita tunggu pendedahan dan ulasan selanjutnya nanti.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ELOK CABUT KALAU TIDAK MENYESAL!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Cikgu gendang ni msh tak puashati lagi. Dulu menggelupur cakap syarikat kena ada penasihat syariah baru boleh percaya. Sekarang kata tak perlu pulak. Nak apa sebenarnya? Takkan kitorang tak sudi order cincau tanpa Halal Jakim cikgu tu nak marah kat kitorang pulak?

Anyway, dengar citer org pakai sabun dobi yg cikgu jual tu gatal2 kulit. Made in Parit Sulong ke? (takdelah....saya fitnah je ni).

Nur Fauzi Bassar berkata...

As usual as scammer. Personal attack without real facts.
Feel free to read more about fiqh and muamalat.

Tanpa Nama berkata...

APA TUNGGU LAGI.....CABUT!!!!!!
NANTI JENUH NAK SETEL HUTANG BANK RAKYAT 200K!!!
AKU CABUT DULU!!!

Tanpa Nama berkata...

kekadang pelik jgak..kenapalah najib xlaburkan ajer 2.6B dlm cwig nie..goyang kerandut tiap2 bulan boleh sumbangkan ke negara dekat 143juta dan kopi pak belalang silap2 boleh jd kopi terbesar di dunia..MALAYSIA pon bangga..melayu sedarlah melayu..mngkin ko akan ada rasa bahagia tiap2 bulan dapat lima angka(slalu KR dok update FB guna ayat nie) tp apa yg kamu makan minum, nafkah bg kat anak bini, duit bg kat mak abah buat haji semuanya benda syubhah..pelik jugak kekadang pikir..orng cina siap bukak kilang dari process sampai marketing..kerja siang mlm bertungkus lumus untuk nak jd kaya..tp kita bani melayu hnya goyang telur dah jutawan arba...

Tanpa Nama berkata...

Salam... adakah kita semua perlu tunggu pm najib masuk cwc trading@arba baru boleh dikira halal. Maaf itu bukan ukuran tepat. Sibuk kita katakan cina buka kilang tapi pernahkan kita sendiri lakukan audit adakah kilang cina bersih dan dijamin halal. Elok kita berhati2x dalam segala pernyataan kita. Keunukan cara berniaga cwc memang akan menggegarkan seantero dunia apatah lagi jika ia adalah halal dan patuh syariah dan mengikut muamalat Islam. Jika benar ada salah dari muamalat Islam maka tindakan serius perlu diambil dan bukan kata nista, perli dan cacian yang perlu dihamburkan. Wassalam.

Nur Fauzi Bassar berkata...

Penasihat syariah yang perlu ambil tindakan. Ramai yang dah tegur termasuk mereka yang pakar dan ahli dalam bidang muamalat.

Asri Roslann berkata...

Aku xpaham sgt syariah semua nih. Tp aku pelik jgk la. Cwc dgn cwig ni berniaga apa blh untung byk? Tgk berniaga kopi yg hidup segan mati xmahu shj. Ada sp2 blh terangkan mcm mn blh untung?? Halal haram tolak tepi dlu, aku nk taw mcm mn blh untung dgn kopi yg hidup segan tapi xmahu tu.

Tanpa Nama berkata...

tu la..mgkaji xabih dok dgaq cerita org n ustz tu(bekas akauntan)tetiba jd ostaz(org indonesia yg pelik ngn msia sbb bru sthun jgung sng2 dpt pgilan ustaz)..nk tnyo sdara..ada xhukum myatakn yg sdara jual kereta kt aku,aku pn jual..pstu sdara nk bli blk..aku xblh jual..hram..klu boleh jual xboleh ambil utg..kamonla..

Tanpa Nama berkata...

sedara..moh ambe crito,klu 200k org bli kopi rm100..brapa dia dpt=rm20juta kn?klu modal kopi rm70..brpa suda untung?rm6juta maa..tu bru rm100..bniaga sapa nk rugi?sdara prnh bniaga x?

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...