Jika model niaga yang dilakukan oleh syarikat cwc adalah dibenarkan dan halal, maka kebanyakan syarikat di Malaysia boleh scam dan buat benda yang sama!
Anda perlu ada dua syarikat, atau berpakat dengan syarikat sahabat anda. Hasilnya nanti syarikat anda memang akan sentiasa ada duit masuk!
Produk apa pun boleh. Katakanlah sabun dan alatan pencuci (saya jual sabun dobi).
Saya tawarkan pembeli beli sabun modal rm2500. Dapat pulangan rm200 sebulan. Cukup anda dapat semula 80% (contoh) nilai modal anda.
Syarikat trading saya Pau Dobi jual sabun 1oo tong pada anda. Satu tong rm30. Tapi sebab beli 100 tong dapat harga rm25/unit = RM2500.
Syarikat kawan saya TeePu Enterprise beli 80 tong sabun dari anda dengan harga pasaran RM30 satu tong = RM2400. Tapi bayaran secara ansuran selama 12 bulan = RM200 sebulan.
Cukup setahun TeePu Enterprise bayar anda RM2000 sebagai bonus.
Tapi anda boleh terus dapat rm200/bulan dengan tidak memgambil bonus rm2000 pada hujung tahun.
Apa yang jadi.
Anda beli 100 tong sabun, anda jual semula 80 tong sabun. 80 tong tadi Pau Dobi ambil dari TeePu, tambah 20 tong baru dan jual pada peserta baru. Kos yang diperlukan hanya 20 tong baru saja setiap transaksi dengan pelanggan/dealer baru.
Untuk cover bayaran bulanan tak susah sebab sekali orang masuk dah dapat 2500. Modal berbayar syarikat yang sedia ada pun mampu bayar lagi sementara tunggu pelanggan baru yang gelap mata. Kos pula dah berjaya diminimumkan dengan perjalanan pusing-pusing semula produk.
Katakanlah modal sebenar seunit sabun RM16. Untuk seorang pelanggan sepatutnya koa yang dikeluarkan RM16X100 = 1600.
Tapi untuk pelanggan seterusnya cuma perlu 20 tong saja. RM16x20 = 320 saja! Jimat kos RM1280 setiap kali seorang pelanggan masuk.
Jadi syarikat sentiasa dapat suntikan modal baru dan berjaya kurangkan kos jualan pada pelanggan baru! Pelanggan yang dah selesa akan teruskan kontrak dan tidak menuntut bonus pada hujung tahun untuk terus dapat bayaran setiap bulan.
Malah ada yang menambah modal/bilangan belian untuk dapat lebih banyak bayaran bulanan.
Produk boleh ditukar kepada apa sahaja. Sebab matlamat utama beli produk bukan sebab nak guna atau berniaga, tapi sebab nak dapatkan pulangan bulanan dengan hanya keluar modal sekali saja. Kalau letak air kotak ke, makanan ringan ke, jadi produk orang tetap masuk sebab pasif income tanpa perlu usaha keras.
Senang kan nak scam cari duit?
Tapi bila dah tepu, tak ada orang baru yang nak beli sabun tuuu maka tunggulah masa untuk 'crash'.
CANTIK DAH MODEL BISNESS TU!
BalasPadamKENA TAMBAH PELARIS SIKIT...NAMA MESTI TOKOH2 ISLAM, ADA PERKATAAN2 ARAB DLL YG BERKAITAN ISLAM!!!
NASIHAT KEPADA PELABUR2 YG TERLIBAT,
BalasPadamJANGAN TUNGGU TEPU......LARI!!!!!!!!
SILAP2 TINGGAL SELUAR DALAM SAJA!!!
Assalamualaikum tuan, banyak perbincangan yang tuan sampaikan di sini. Tapi dalam perniagaan mutakhir ini, adalah perkara biasa jika seorang pemilik memiliki banyak syarikat mahupun memiliki syarikat rangkaian yang boleh menjana keuntungan kepada syarikat. Adakah orang di luar seperti ustaz yang memberi komen kpd cwc mahupun cwig boleh dengan mudah sekali menghukum syarikat terbabit sebagai gharar mahupun mempunyai unsur riba. Hanya jika ustaz terbabit diberi peluang untuk meneliti segala urusan syarikat terbabit sepertimana yang dilakukan penasihat syariah cwc barulah sesuai untuk mengeluarkan pandangan mengenai riba. Cara perniagaan syarikat ini cukup unik malah saya yakin pakar muamalat Islam yang sudah tentu akan menyedarkan penasihat syariah cwc untuk segera berhentikan segala operasi syarikat ini. Elok sama-sama kita tunggu siapa yang benar dan siapa yang salah. Terima kasih tuan atas wacana tuan yang cukup peka dengan syarikat milik orang Islam ini yang pelanggannya banyak melibatkan orang Islam. Wassalam.
BalasPadamAda Ustaz yang pakar dalam muamalat Islam pun hanya dapat beri peringatan berkenaan bahawa banyak perkara halal ditinggalkan kerana dibimbangi riba tetapi tidak pernah menghukum riba kepada sesuatu perniagaan selagi mereka sendiri tidak meneliti seluruh kaedah yang digunapakai dlm perniagaan tersebut. Jangan kita menghukum sesuatu selagi tiada bukti bahawa sesuatu perniagaan itu salah.
BalasPadamisu ini dahbanyak diperkatakan dan dipersoalkan akad tawrraq yang dilakukan dari segi logik perniagaan. Ada sesetangah yang menyatakan bay' al'inah kerana pemilik syarikat orang yang sama.
BalasPadampertikaian bukan pada berapa banyak syarikat yang dimiliki oleh seorang individu.
pertikaian adalah pada logik dan uruf/adat perniagaan yang perlu diambil kira dalam penentuan hukum. Perlu ingat kaedah fiqh 'adatul muhakkamah. Ada peranan mengapa adat dan uruf diambil kira supaya wajah sebenar sesuatu isu itu kita faham dan jelas.
Apa logiknya syarikat cwig beli dari pelanggan syarikat lain di Malaysia untuk dijual di indonesia, sedangkan cwig yang berada di indonesia mempunyai akses kepada ladang-ladang dan kilang-kilang yang lebih murah dan berkualiti bahan asas kopi?
Berkaitan dengan kos juga, nilai matawang Malaysia lebih mahal berbanding indonesia. Apa logiknya cwig di indonesia keluarkan kos begitu mahal dan terpaksa pula menanampung kos import yang dikenakan pelbagai fee dan duti, sedangkan lebih jimat dengan mengilang di Indonesia?
Itu pun kalau betul berlaku pembelian produk cwig dengan pelanggan cwc di Malaysia.
Adakah terlalu bengong hingga tiada melakukan penilaian projek? Gharar yang besar kita mudah nak lihat adalah dari segi fitrah perniagaan yang bukan sahaja meyalahi uruf/adat, tapi menimbulkan kemusykilan dari segi logik perniagaan.
Thanks for viewing.
Salam tuan, menghukum sesuatu syarikat seperti riba, gharar dan tidak mengikut uruf atau adat kebiasaan perniagaan adalah sangat berat jika kita sendiri bukan merupakan penilai yang membuat penelitian terhadap seluruh operasi syarikat berkenaan. Tuduhan yang dilemparkan terhadap penasihat syariah cwc juga adalah sangat tidak matang kerana semua tuduhan yang dibuat tanpa ada bukti asas yang kukuh dan relevan. Jangan biarkan pentafsiran kita hanya berdasarkan emosi dan sentimen negatif kerana itu juga bukan uruf atau adat cara yang dianjurkan Islam untuk menegur sesama umat Islam. Tq.
BalasPadamteguran dah dilakukan oleh banyak pihak termasuk mereka yang pakar dalam hal muamalat.
BalasPadamTindakan seterusnya adalah pada penasihat syariah.
ayat 'bakup' sedemikian memang selalu wujud. minta siasat itu dan ini, juma sendiri, lihat sendiri. Walhal hal yang asas dan jelas nampak bercanggah dengan muamalat tak mahu dipandang serius
Assalam, saya lihat perbincangan di sini cukup menarik. Terutama bab arba buat pembahagian dpt barang 25% dan jual semula ke cwig sbyk 75%. 25% tu kalau kita sendiri yg jual insya Allah tiada gharar. Masalah ni di 75% tu... apa bukti 75% tu dah dijual dan dikatakan kita dapat sales return hasil jualan 75%... walhal mungkin saja 75% tu tak pernah wujud. Amat membimbangkan jika syarikat dirikan kilang hanya untuk memenuhi permintaan 25% sedangkan 75% itu hanyalah ilusi optik. Hal ini boleh membawa kepada gharar. Senoga Allah lindungi kita daripada perkara yang seumpama musang berbulu ayam. Badan berkuasa yang faqih bab muamalat Islam perlu buat siasatan lanjut agar umat Islam tak terpedaya dengan sesuatu yang diharamkan Allah. Jika perniagaan ini benar2x bersih dan halal maka itu adalah baik. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.
BalasPadamIlusi optik?... apa bukti 75% tu tak wujud. Perlu difahami cwc ada penasihat syariah dan tugasnya untuk memantau segala operasi perniagaan yang dijalankan supaya tiada was-was. Segala keraguan boleh terus tanya ps cwc. Semoga kita semua dipelihara Allah di dunia dan akhirat.
BalasPadamSy nk tanya satu benda shj, xkira la halal haram, riba atau xriba,xkira la apa pn. Cuma nk tanya arba ni mmg xtipu org dari segi duit yg dijanjikan? Ad x mn2 pihak yg sdh tertipu dari segi kewangan setakat ni? Cuma nk tanya.
BalasPadamMemang lah "arba" tak pernah miss bayar "pelabur" sebab masih ada yg masuk arba ni. Buka setakat 1k..tp sampai beratus "k" pun ada..dari situ lah arba dapat duit bayar peserta. Nampak sangat "duit" adalah matlamat" . Cwc dah masuk senarai bnm..kita sama sama tengok nanti. Kalau betul...teruskan saja..
BalasPadamMasalahnya penasihat syariah arba diam seribu bahasa tanpa mengeluarkan apa apa "fatwa" yg menyokong bisnes ni patuh syariah..kalau dalam mahkamah macam peguam bela yg dilantik utk membela hanya berdiam diri tanpa hujjah hujjah pembelaan..
BalasPadamPara pendokong arba (kr) yg bermati matian mempertahankan arba ni sebenarnya..pengalaman melihat tak ada satu pun "pelaburan" yg sebegini kekal..lepas satu satu timbul..dan sampai satu masa berkubur..ketika dikemuncak nya para " pencari pelabur" hidup mewah dgn kereta kereta besar dan menghadiri majlis sambutan kompeni yg grand
BalasPadamTerime kasih tolong jawabkan.
BalasPadam