Selasa, 15 Mac 2016

Belajar solat gerhana matahari

Gerhana matahari ni memang jarang berlaku. Jadi bila berkesempatan jumpa ni agak rugi jika tak buat solat sunat gerhana matahri ni. Lebih-lebih lagi di sekolah, ini adalah peluang untuk guru-guru mengajar dan menunjukkan bagaimana gerhana matahari berlaku.

Dari sudut Islam pula, ini kesempatan untuk mengajar anak murid tentang solat sunat gerhana. Memang salah satu daripada sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sekolah pun dekat dengan masjid kampung. Maka kami terus ikut program di masjid saje. Jalan kaki ramai-ramai. Adelah dalam 300meter dari pagar sekolah.



Masa tengah solat takdelah ambik gambor.

Jadi merasalah murid-murid ini solat gerhana. Tatacara solatnye sesikit berlainan. 2 kali rukuk dalam setiap rakaat. Nak tau lagi jelas boleh cari maklumat kat internet ye.

Ade juge yang menyangka kat kampung ni akan bergelap umpama cerita dragon ball, bila dewa naga keluar dari mutiara naga. Padahal cikgunye dah beritahu kawasan sini tak gelap, kat tempat lain yang gelap sekejap. Budak-budak kan....

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...