Khamis, 14 Januari 2016

Arba network jadi usahasama CWC?

Arba network dah tak kedengaran. Sejak lesen AJL dibatalkan KPDNKK macam dah 'slow' sikit.
.
Rupanya skim riba itu masih lagi diteruskan. Ramai ahli yang kempen guna nama usahasama cwc di FB. Kalau ada terjumpa yang produknye kopi pak belalang, itulah dulu arba network. Skim cepat kaya jual nama Islam.

Sistem masih sama. Hibah masuk tiap bulan. Beli barang, dapat cume jumlah 1/4 produk. Kemudian tunggu riba masuk tiap bulan. Boleh rujuk post berkenaan arba network yang lama.

Penasihat syariah?
Tak pula dipukul canang perkenalkan pada umum. Jual nama penasihat syariah. Syariah 'review' pasal plan haram tu dah dicanang dari awal tahun 2015 sampai dah masuk 2015 pun tak keluar lagi.

Saya secara peribadi pernah sms pada penasihat syariah yang dimaksudkan. Itupun cari dan korek maklumat sendiri. Bukan dapat dari web CWC. Sekali saja dapat balasan, masih dalam proses review plan arba network (bukan plan MLM CWC) dan perjanjian yang dibuat. Selepas itu SMS tak berbalas dan terus menyepi. Nombor dan mesej pun dah padam. Malas nak simpan lama.

Kalau terdesak sangat pun, tak perlulah masuk skim riba begini. makin tambah dosa. Riba dosanya berat, bukan main-main.






12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Skim haram ni makin menjadi jadi..

Tanpa Nama berkata...

Dah tak ada orang nak layan pasal topik ARBA ni ke? Bila nak tersontot? Bertahun2 dah tunggu ni. Tak sabar nak buat kenduri, nak potong kambing, eh...kambing mana cukup, dah penat canang satu dunia kata ARBA ni scam mesti ramai jemputannya. Lembu 10 ekor cukup kot, hasil jualan insurans tak patuh syariah, sabun dobi kilang belakang rumah, cincau tanpa halal JAKIM. Hasil sewa gendang pun bleh tahan juga hasilnya. Lama tunggu ooooo....2012, 2013, 2014, 2015....dah masuk 2016 la pulak. Kalau tak tersontot malulah aku. Khabarnya nak taja Clever Girl la pulak.

p/s: Tiada guna Gambar Profile pakai kopiah dalam masjid kalau hatinya hitam! Rezeki nak sara seorang isteri dan 2 orang anak kenalah berkat, biar sedikit tapi halal.

Nur Fauzi berkata...

dah tak ada idea, attack peribadi.
Riba dalam kontrak sampai sudah tak ada jawab.


thanks for viewing my blog.

Tanpa Nama berkata...

kepada geng arba, jgn takbur sgt.. prcaya lah, lmbat atau cpt balasan dr Allah psti akan tiba.. Admin sdah cuba sedaya upaya utk mmbri kesedaran kpd geng arba...

Tanpa Nama berkata...

Bagus tuan dh bongkarkan

Tanpa Nama berkata...

Apakah kelulusan tuan..sampai tuan dpt membongkarkan pembohongan Arab..

Tanpa Nama berkata...

Maaf kalau ulasan panjang saya di atas ditafsir sbg takbur. Bukan kami yg mengganggu bisnes insurans, sabun dobi, cincau dsb. Bisnes la sama2. Kalau tak nak join atau tak ada modal tak pyh burukkan org lain. Ini tidak, dgn gambar hidung tinggi dlm masjid, tapi bahasa caci-maki berapi2 lebih dari org tiada agama. Di Johor dah ada 2 kiosk CWC Republic, pergilah beli produk di sana. Jgn risau, 100 % halal Jakim. Org dah sampai mana, blogger ni masih juga berusaha gigih nak jatuhkan bisnes org. Sampai bila? Insaflah. Kalau nak org hormat, belajar hormat org dulu. Kalau nak rezeki berkat, jgn sekat rezeki org lain.

Nur Fauzi berkata...

Yang utama kalau nak berkat, cari yang halal.

Selamat membaca dan menggali ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu apa hukum makan duit dari sumber bercampur ada halal ada haram? Contoh satu sumber dari jual kambing satu sumber dari jual babi. Boleh tak dikatakan halal macam tahi di tengah laut, airnya boleh diminum?

Unknown berkata...

Selamanya persoalan pokok ini tak akan terjawab la Bè Poji.. Lps ni puak dia tanya panjang2 kita tanya pendek saja, riba macam mana?

Tanpa Nama berkata...

Assalam En Fauzi...terbaru pihak cwc dlm proses wujudkan sebuah koperasi utk mengendalikan biz mereka. Produk terbaru mereka antara lain Teh Seri Wangi bakal diperkenalkan. Kilang memproses kopi sdg dlm pembinaan di Sg. Petani. Namun saya ttp musykil apa
bila bertanya dgn ayahanda kpd salah seorg pengasas cwc ni yg kebetulan rapat dgn saya dan tinggal di satu taman dgn saya berkenaan dgn
1. Zakat perniagaan tahunan mereka berapa byk sudah dikeluarkan
2. Skim hibah dr bulanan kepada 3 bulan sekali yg akan diperkenalkan disebabkan oleh apa?
3.Perniagaan sebenar mereka apa
4.Peralihan pertukaran perniagaan dr Malaysia ke Indonesia disebabkan masalah apa
5. Pemerian peratusan hibah bulanan yg tinggi atas dasar apa;
tidak dapat diterangkan dgn jelas.

Mohon komen dr pihak tuan. Tk

Nur Fauzi berkata...

Plan perniagaan mereka bermasalah dan masuk watchlist bank negara malaysia.
Boleh rujuk artikel yang lama dalam blog ni atau buat carian di fb page ustazlariba.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...