Selasa, 13 Oktober 2015

Skim cepat kaya : Arba network.

Bagi yang belum faham isu boleh rujuk dalam 'post' yang lepas.



Ada beza antara jual beli dan juga riba.

Secara fitrahnya bila kita berniaga, untung kita tidak dapat dipastikan lagi. Bergantung semua itu pada usaha dan cara kita berniaga. 

Apa yang nak diberitahu di sini adalah program arba network adalah satu scam.
Haram kerana ada riba dan transaksi jual belinya penuh kekeliruan dan menyerupai pelaburan.

Saya dah jelaskan dalam link di atas. Kalau serius nak tahu kena baca dan nilaikan. Saya dah jelaskan dari sudut muamalat. 

Mungkin kalau tak percaya komen saya dan mempersoalkan kredibiliti & asas pengajian saya, boleh bertanya dan rujuk kepada mereka yang AHLI dalam bidang muamalat.

Perlu diingatkan tak semua ustaz dan ustazah mahir dan ada asas dalam hal muamalat. Ingat lagi skim emas sontot yang kerugian berpuluh juta tu? Ramai graduan pengajian Islam a.k.a ustaz dan ustazah terjebak sama dengan riba sebegitu.

Analisis jangan guna emosi. Guna akal. Cari fakta yang betul

* syarikat CWC dah lantik penasihat syariah. Jadi ramai geng arba jual nama penasihat syariah ni. 
Tapi mereka lupa.
Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada penasihat syariah yang mengesahkan pelan CWC dan Arba Network adalah patuh syariah. Lantik belum bermaksud sudah lepas. Kena disahkan oleh penasihat syariah dahulu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maklumat pembatalan CWC
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=967924583265025&id=144366415620850

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...