Isnin, 26 Oktober 2015

Arba network: tukar konsep trading selesai masalah?

Rujuk post lesen CWC dibatalkan.

Ada peserta yang 'claim' bahawa tak ada masalah lesen AJL dibatalkan oleh kpdnkk sebab CWC nak buat konsep trading. Jadi tak perlu lagi penasihat syariah mengikut garis panduan MLM syariah JAKIM.

Tapi itu hanya alasan orang yang tak menhaji dan tak faham muamalat. Walaupun konsep trading digunakan, masalah tetap wujud selagi konsep hibah, jual beli dan wakalah difahami dengan jelas oleh mereka.  

Guna lesen ape pun sangkut juga dari segi muamalat.

Rujuk post di bawah:
perjanjian arba network
konsep pemilikan

Keraguan yang ditimbulkan tak hanya mengkhususkan pada pelan MLM sahaja tetapi muamalat ASAS. Yang asas pun dah sangkut.

Sila semak semula konsep pemilikan, konsep hibah dan syaratnya, konsep wakalah dan syaratnya. Semak juga maksud gharar dan bagaimana riba boleh terjadi.

Lagi sekali ditekankan arba network sangkut dan tak lepas dari perkara ASAS muamalat.

* arba network adalah nama skim cepat kaya melalui syarikat MLM CWC. Bukan entiti yang berdaftar. Perjanjian yang dibuat pun bukan dengan pihak CWC. Semak perjanjian semula.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan ni ahli arba ke?kelihatan begitu arif Tuan bg explanation..Boleh sy tahu kos pengajian Tuan dlm bdang apa ye?tkt jd fitnah andai x benar☺tp sy rasa Tuan ni mst seorg yg hebat & pakar dlm bdang kewangan.mungkin Tuan patut buat seminar bhgn muamalat☺Baru masyarakat kte sedar..

Nur Fauzi berkata...

Plan arba network yg perlu diubah. Ubah konsep tak guna jika cara lama masih guna

Tanpa Nama berkata...

TERKINI MENGENAI ARBA - KOPI PAK BELALANG BUKAN HAK MILIK ORANG ISLAM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207419525077032&id=1554505576

Allah dak buka satu persatu pembohongan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah tuan siasat akan status PhD Dr. Rozaini Hassan (CEO Classic Worldwide Corporation) dalam bidang apa dan dari universiti mana? Entah-entah PhD palsu atau yang diperoleh daripada Universiti P.O Box (Diplome Mill) contoh seperti Gordon universiti of florida.

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu ada ijazah dlm syariah baru boleh ulas halal haram..ada juga dua tiga saudara saya yang join arba ni.masa diorg nak join hari tu diorg tanya pendapat saya boleh join ke idak? Bila diorg terangkan ttg dapat keuntungan tetap tiap bulan saya pun bgtahu setakat saya tahu mengaji agama sikit2 ni kalau bisnes dpt untung tetap ni takboleh..itu basic hukum dlm fikah dlm bab muamalat..tup2 lepas tu dengar diorang join..ikut korang la.atas risiko sendiri.kalau untung balik modal alhamdulillah la.kalu rugi jgn salahkan aku sudah..

Nur Fauzi berkata...

pasal PHD tu diluar bidang kuasa nak semak.

Pasal kopi dari kilang bukan bumiputera tu memang jelas buktinye.
Sembang kempen produk yang dijual produk bumiputera.
Kalau yang jadi ni, tak boleh jadi produk bumiputera. Produk tempatan boleh la.

Kat situ pun dah kelentong.

Unknown berkata...

As salam tuan..kawan saya yang join arba cakap,arba dah ader panel syariah...btul ker?

Nur Fauzi berkata...

Depa kata ada. Tapi sorok tak hebahkan pada umum pun.
Orang ramai nak tahu syariah review & justifikasi yang diberikan pada plan kontroversi yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Murujuk kepada perbincangan ini, mengapa pihak tuan tidak membuat aduan rasmi kepada pihak KPDNKK & BNM kerana masih menjalankan aktiviti setelah lesen AJL mereka ditamatkan. selain itu juga saya mendapati ARBA network menjalankan program SKIM CEPAT KAYA yang menjanjikan hibah 8% setiap bulan. ia menjadi kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. iaitu Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen. ia bagi membantu orang ramai dari terus tertipu dgn skim cepat kaya arba ini kerana tuan mempunyai pengetahuan dan bukti2 penyelewengan ARBA ini. tuan juga akan membantu umat islam yg lain dari dosa riba ini. sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

merujuk kepada perbincangan ini. kenapa tuan tidah mengemukaan aduan secara rasmi kepada pihak KPDNKK dan BNM kerana masih menjalankan aktiviti setelah lesen ditamatkan dan menjalankan aktiviti SKIM CEPAT KAYA yang menjanjikan pulangan hibah sebanyak 8% sebulan. ianya menyalahi kerana pengambilan DEPOSIT SECARA HARAM di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. iaiyu Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetuju terima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen .dengan ini tuan dapat menyelamatkan orang ramai dari tertipu dengan skim ini selain mampu menyelamatkan umat islam dari dosa riba. sekian terima kasih

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...