Ahad, 13 September 2015

Syarikat MLM & penasihat syariah?

Hari ini makin ramai juga yang tanya pasal status syariah nagi perniagaan MLM.

Dan ramai juga yang salah faham, bila ada penasihat syariah, terus jadi halal!

Pertama, kita kena faham fungsi penasihat syariah. Penasihat syariah mengesahkan pelan pemasaran yang dijalankan itu adalah halal dan menepati prinsip muamalat Islam. Jadi secara umummnya bila syarikat MLM ada penasihat syariah, makan dah lepaslah satu perkara. Kita lebih yakin dan pelanggan pun lebih yakin, berbanding dengan syarikat yang tak ada semakan status patuh syariah.

Satu usaha yang baik daripada pihak syarikat!

Peranan agen / ahli.

Bila syarikat dah ada status patuh syariah, peranan agen seterusnya yang akan menentukan halal atau tidak perniagaannya. Umum tahu, plan pemasaran MLM sentiasa dimanipulasi oleh agen untuk cepat naik pangkat dan dapat komisyen overriding yang tinggi dan banyak.
Ya, selalunya depa buat head hunting. Bila buat head hunting ni, sebagus mana produk itu akan jadi tiada nilai sebab yang diutamakan bukan produk tetapi kedudukan dalam sistem atau jaringan (network) yang dibina oleh agen / ahli itu tadi.

Bila produk bukan lagi perkara utama, tapi keahlian baru yang banyak (dengan belian tinggi juga!) diutamakan, maka plan yang asal haram tadi akan jadi haram.

Pernah berlaku?

Memang kerap kali berlaku. Ambil satu contoh, Score A. Pelan mlm score A ini ada sijil patuh syariah. Panelnya pula memang ahli dalam bidang muamalat dan pensyarah dalam bidang berkenaan di IPTA. Boleh cuba cari dan download kenyataan patuh syariah tu.
Klik sini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat syariah, memang telah mengesahkan pelan pemasaran patuh syariah (walaupun ada sedikit kontra dengan garis panduan MLM Syariah JAKIM dalam hal 'maintain' bulanan). Tapi kebanyakannya tak baca pun bila penasihat syariah sebut tentang head hunting dan keutamaan produk.

Dalam kenyataan ada ditulis tentang keperluan kepada produk. Produk yang kita beli mesti benar-benar diperlukan (real needs).

Tapi apa yang jadi, produk kita balun beli banyak-banyak. Tapi tak fokus pada menjual. Fokus kita beralih pada mencari ahli baru yang masuk dan buat belian yang banyak, sama seperti kita. Ahli baru itu juga kalau nak 'masyuk' bonus perlu buat perkara yang sama.

Nampak tak di situ? Jualan syarikat akan meningkat. Tapi hakikatnya hanya agen saja yang beli banyak dan tak sampai pun pada 'end user' yang memerlukan produk. Kalau guna sendiri pun takat berapa saja yang boleh. Jadi apa keperluan beli stok banyak-banyak begitu kalau tak fokus menjual?

Masa itu, produk dah tak jadi keperluan yang sebenar. Hanya jadi alat helah saja untuk dapatkan tempat dalam sistem / network.

Faham?

Perkara yang asalnya halal dan harus boleh jadi haram kerana kesilapan kita sendiri. Dalam hal MLM ni agen (leader) yang tamak selalu buat silap head hunting ni.

Jangan fikir bila dah ada sijil patuh syariah, dah selesai. Boleh hentam cari downline sebanyak-banyaknye. Coklat yang ada sijil halal pun, kalau dijual dengan cara tak betul boleh jadi haram juga (bukan coklat yang haram, tapi transaksinya yang haram).

Kes barang MLM macam score A tadi. Produk halal, sistem dah halal. Tapi bila agen buat seleweng dan manipulasi pelan, maka cara agen nak dapatkan duit yang 'masyuk' itu yang jadi haram, tak patuh syariah.

Jadi harapnya jangan semberono jual nama penasihat syariah. Kena fahamkan dan jalankan perniagaan dengan beretika. Pengembangan rangkaian bawah dalam MLM perlu dibuat 'base on product'.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...