Selasa, 11 Ogos 2015

Arba network : kuliah muamalat. Kenapa konsep pemilikan penting?

Dalam post berkenaan arba network, salah satu yang saya kritik adalah berkenaan konsep pemilikan. Ada kekeliruan konsep pemilikan dalam perjanjian yang dibuat.

Kenapa konsep pemilikan ni penting?

Saya teringat dulu masa masuk kelas muamalat, tajuk awal yang akan dipelajari adalah berkenaan dengan pemilikan. Maksudnya hak milik kita ke atas sesuatu benda. Senang kata harta la. Kenapa benda ni kena belajar dulu? Sebab konsep pemilikan / hak ke atas harta ni sangat berkait rapat dengan transaksi / urusniaga yang akan kita jalankan.

Sesuatu urusniaga yang kita jalankan memungkinkan kita hak ke atas harta itu berpindah milik, atau kita hanya memiliki sebahagian daripada harta/benda itu.

Senang kata pemilikan ada dua jenis. Sempurna dan tidak sempurna.

Pemilikan sempurna ni maksudnya kita berhak / berkuasa penuh atas harta / benda tu. Contohnya duit. Duit itu milik kita sepenuhnya. Ikut suka kitalah nak belanja lagu mana pun. Selagi tidak bertentangan dengan syariat. Atau jam tangan, ikut sukalah nak pakai atau tak, atau nak beri percuma pada orang. Sebab harta itu memang milik kita.

* tapi jangan lupa, Allah adalah pemilik mutlak semua yang ada di dunia. (sebelum kuliah ni, kena belajor dulu kosep & falsafah ekonomi Islam)

Bagi pemilikan tak sempurna pula, kita hanya memiliki sebahagian sahaja harta itu. Contohnya harta yang dikongsi bersama. Kita tak boleh sewenangnya nak jual atau ambil semua sebab sebahagiannya milik orang lain. Contoh mudah adalah tanah. Satu ekar tanah dikongsi pemilikan oleh dua orang. Jadi dia cuma berhak sebahagian daripada tanah itu.
(panjang lebar bila masuk penjualan hak sebahagian tanah tu, itu kena pegi mengaji kat kelas ye)

Atau contoh lain, kita sewa rumah. Itu pun pemilikan tak sempurna. Kita cuma dapat manfaat rumah saja. Tapi hakmilik rumah tu adalah milik pemberi sewa. Pemberi sewa pun bila dah sewakan tak boleh sesuka hati nak masuk rumah semua, sebab dah sewakan manfaat rumah tu.

Ok faham kan?

Baik kita ulang sikit penjelasan berkenaan tentang arba network.

Dalam arba network kita diberi hibah setiap bulan. Katanya hibah itu hasil jualan produk kita yang arba network tolong uruskan jualan.

Ok kita tengok maksud hibah. Hibah ni pemberian, hadiah. Syarat kita nak beri hibah ni, harta yang kita nak bagi tu MESTI milik kita. Pemilikan sempurna. Maksudnya harta itu kita boleh buat apa saja, termasuklah nak beri (hibah) pada orang. Bila dah hibah, maksudnya harta itu bukan milik kita. Dah bertukar milik.

Jadi apa masalah dengan hibah tu?

Arba network kata hibah yang kita dapat adalah hasil jualan daripada produk kita yang mereka uruskan jualan. Sebab itu kita dapat hibah.

Salah tu.

Sebab arba network cuma uruskan jualan. Barang jualan bukan milik arba network. Barang tu milik kita. Bila barang tu dijual, duit hasil jualan itu adalah milik kita. Bukan milik arba network. Jadi bagaimana arba network nak bagi hibah pada kita sedangkan harta (hasil jualan) tu adalah milik kita?

Nampak kan betapa istilah / terma hibah tak sesuai digunakan?

Syarikat uruskan jualan barang kita, boleh kata itu transaksi wakalah (wakil). Bila kita wakilkan orang untuk jual barang kita, tak ada pemindahan hak milik berlaku. Barang tetap milik kita. Malah sebenarnya arba yang boleh caj upah wakalah sebab tolong jualkan barang.

Nampak macam mudah kan? Tapi penting untuk hal seperti ini diambil kira.

Kalau arba network kata nak bagi hibah, kena serahkan hasil jualan barang kita + hibah. Itu baru betul. Hibah tu ikut berapa nak bagi dan jumlahnya tak tetap. Atau boleh saje kalau tak bagi. Boleh ke kalau tak bagi? Jawapannye boleh, sebab hibah ni ikut suka pemberi la nak bagi atau tidak.

Arba network kata mereka cuma guna akad jual beli sahaja. Sebab itu mereka berhak beri hibah.

Baik. Saya faham. Bila dah berlaku jual beli, perpindahan hak milik berlaku, Barang tadi bertukar tangan dan pihak yang lain mendapat bayaran. 

Kalau cuma jual beli yang ringkas dan biasa memang tak ada masalah nak beri hibah. Masalahnya sebahagian barang yang dibeli diserahkan semula kepada syarikat untuk diuruskan jualan dan mereka 'claim' hibah itu hasil jualan barang tersebut. Kan nampak sangat tak betulnya.

Kalau kita dapat faham konsep pemilikan, hibah dan wakalah kita akan nampak di mana canggungnya urusniaga ni.

Kalau nak hibah, barang semua pembeli dapat. Arba tak uruskan jualan produk peserta. Arba beri imbuhan pada pembeli. Kalau begitu barulah ok.

Faham ye?
Ini tak hurai lagi jumlah yang tetap setiap bulan. Saya cuma jelaskan kenapa hibah tu tak tepat jika kita lihat pada konsep pemilikan. 

Selamat membaca dan memahamkan. 


6 ulasan:

sonsangs berkata...

Hater perlu diterap Pemikiran aras tinggi - supaya tak menyesal dikemudian hari

"Ia melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro) dan metakognitif (thingking about thingking). Pemikiran tahap ini juga menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan(reasoning). Di antara kemahiran pada tahap ini ialah:

membuat ramalan,
usul periksa andaian,
membuat inferensi,
mengesahkan sumber maklumat,
membuat generalisasi
mencari sebab serta membuat kesimpulan."

p/s : sekadar ingatkan kat kenkawan .. kuih3

Tanpa Nama berkata...

Jom ber arba network

Nur Fauzi Bassar berkata...

simpati pada yang tak faham.

Tanpa Nama berkata...

Kalau renew kontrak dalam muamalat macam mana?

Aishah berkata...

arba network ni apa ya

Jemputlah ke blog saya Mom's thoughts have power

Nur Fauzi Bassar berkata...

arba network ni skim cepat kaya yang berselindung bawah syarikat jualan langsung.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...