Isnin, 13 Julai 2015

Telefon punya pasal dan perihal guna otak.

Mesti ramai tahu kan isu gaduh ala ala KL Gangster di Plaza Low Yat.

Kes berpunca daripada satu transaksi jual beli telefon pintar jenama oppo.

Ade yang kata budak Melayu ni kena kelentong beli telefon klon. Tak puas hati pegi semula kedai. Rampas telefon ori. Lepas tu kena tangkap bawak balai. Lepas tu ajak member pergi kokak kedai tu.

Ade juge yang kata budak ni curi telefon. Kena bawak pegi balai. Tak puas hati kena tangkap, pergi 'langgar' kedai tu semula bawak geng.

Kenapa jadi panas?

Sebab pasal pembeli Melayu, penjual Cina.

Tak tahulah kenapa isu macam ni nak dikaitkan dengan perkauman. Penipu ni semua bangsa ada. Ingat tak ada Melayu yang kuat tipu? Semua kaum ada.

Cina pun ada penipu,Melayu pun ada penipu. 

Bila jadi macam ni konon masing-masing semangat nak bela bangsa masing-masing.
Bukan kawan tak sayang bangsa sendiri.
Bukan kawan sokong penipu.

Yang salah tetap salah. Tak kira la siapa. Bila jadi macam ni ramailah nak mempertahankan mamat Melayu pergi kokak kedai Oppo tu.

Kawan tak sokong Melayu tu bukan bermaksud sokong Cina tu menipu. (kalau betul dia tipu kasi tunjuk bukti)

Kawan tak sokong mamat Melayu tu sebab bertindak macam tak ada otak.
Betul. Tak ada otak.
Apa kau dapat sangat pergi gegar kedai Cina tu? Puas hati la kan? Lepas tu apa jadi?

Lagi pulak kat fesbuk, yang tak ade kena mengena kasi 'share' dan tambah perisa bagai. Cintakan Bangsa kononnya.

Suka sangat nak kaum Melayu dengan Cina gadoh perang? Memang la kalau kita badan sado gedabak, mungkin boleh menang lawan sorang Cina. Kasi penumbuk dua tiga das, layu dah. Tapi keselamatan orang lain macam mana pulak?

Adik kita? Ahli keluarga kita? Mak ayah kita? Isteri kita? Anak kita?

Jadi sebelum bertindak tu silalah guna otak. Kasi cerdik sikit.

Resit beli semua dah ada. Boleh report polis, boleh report tribunal, persatuan pengguna. Kes boleh setel. Memang makan masa tapi bukti semua kalau ada boleh menang punya.

Lubuk tipu

Ramai tahu dah nak beli barang kat sana kena hati-hati. Kelentong kuat sana. Kawan pun pernah pergi beli barang kat sana. Beli komputer. Jadi bila kita ni takde ilmu sangat pasal komputer, carik kawan yang tahu pasal komputer ni pergi temankan. Supaya tak kena kelentong beli barang tak elok dengan kena tekan harga. 

Ilmu kena ada. Kalau tak tahu, kita cari kawan yang tahu.

Kau tak kena boleh la sembang!

Kawan tahu memang ramai punya bagi alasan macam ni. Cuba kalau kita yang kena kan?

Pertamanya kawan minta dijauhkan kena dengan kes-kes tipu macam tu. Cuma kalau kita ni ada otak, fikir rasional dan ada IMAN, benda macam tu dapat dielakkan. 

Kita sibuk ikut perjuangkan bangsa kita. Tapi pernah pikir tak kita ni agama apa? Kau pergi kokak kedai tu agak-agak dapat pahala ke dosa? Nabi suka ke kita buat kerja merosak macam tu?
Kau pernah dengar cerita pasal akhlak nabi tak?

Kedai cina tu berani kita langgar, Masjid kita pergi tak? Lagi malu ni tengah bulan puasa. Mana pergi penghayatan puasa kau tu?

Cukup la dulu. Cakap banyak-banyak tapi kalau dah taksub Melayu sangat bukan boleh buat apa pun. Tak setuju sudah. Bacalah blog / komen yang setuju dengan isu tu.

Kawan tengok isu ni pada isu peniaga dan individu yang menipu dan orang yang melulu pikir tak guna otak. Bukan isu bangsa.

Kesimpulan - 1Malaysia gagal.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...