Isnin, 22 Jun 2015

Sikit-sikit nak 'viral' di fesbuk

Laman sosial fb hari ini salah satu cara memyebarkan maklumat secara berkesan.

Tulis saje satu isu, satu dunia boleh baca. Masalah yang biasa orang tak hiraukan pun holeh jadi hangat. Antara positifnya orang 'ikan bilis' dapat pembelaan sewajarnya. Mengadu di saluran yang disediakan orang tak pandang. Kasi masuk 'fesbuk', ramai yang 'share'. Bila 'viral' dan meletop barulah orang pandang, pihak yang berkenaan ambik tindakan.

Itu yang positiflah.

Tapi ade juge yang negatifnye. Bila semua benda tak puas hati nak tepek kat 'fesbuk'. Kononnya nak dapatkan pembelaan.

Contohnye tak puas hati harge makanan kat kedai, atau harga makanan mahal yang teramat.

Jadi dicanangnye di dinding 'fesbuk' bahawa rasa teraniaya. Makan sekian-sekian menu dengan harge sekian-sekian.

Tapi.

Masa nak membayornye tu takde pulak nak tanya harga berape sebenarnye. Salah kire ke? Salah nengok harga ke?
Dan ade yang jenis tabiat order makanan yang umum tahu mahal tapi nak harga murah kedekut haji bakhil. Lepas tu tak puas hati canang kedai ni mahal dan tak bagos.

Molek sangatlah perangai macam tu.

Bila kena hentam semula secara berjemaah tahu pulak diri aib dan kata / mintak bincang belakang, (private message).

Tapi sebelum tu tak pule fikir isu bayar mahal tu boleh juge bincang dan 'setel' kat kedai tu. Boleh 'kow tim' baik dengan tuan kedai. Biasanya isu salah kira, salah bagi duit baki.

Lainlah kalau dah tanya molek, dah bincang, ternyata memang harga mencekik, baloi jugelah nak bagi 'viral' kat 'fesbuk'.

1 ulasan:

Nick Nashram berkata...

kalau post yang positif bole jadi motivasi kat org.
yg negatif tu susah..bila ditegur, kata ni page dia..ikut suka hati la nak tulis apa..org gini susah nak tegur.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...