Bagi mereka yang nak ambik takaful, dinasihatkan jangan terburu-buru dan terlalu teruja nak 'sign' borang.
Seeloknya dapatkan penjelasan dari beberapa orang ejen, dan kalau boleh dapatkan maklumat dari syarikat yang berlainan. Mungkin pelan syarikat x kita tak berapa minat, tapi minat dengan syarikat y.
Perlu dapatkan apa dari agen?
Biasa agen akan buat satu temu janji untuk jelaskan produk mereka. Pastikan agen berikan pada kita sebut harga dan illustrasi agihan bayaran. Agen akan jelaskan perincian produk berdasarkan illustrasi yang diberikan.
Kita pula, tanya apa saja yang kita tak tahu. Agen yang jujur akan jelaskan sebaik mungkin, termasuk yuran wakalah dan tabarruk yang ditolak dari bayaran peserta setiap bulan. Sebab selalunya orang ramai sangka bila bayar rm100 (contoh), 100% duit itu akan masuk akaun kita.
Sebagai pelanggan, kita janganlah tak ambil tahu langsung berkenaan pelan yang kita nak ambil. Tengok dan teliti betul-betul sebut harga yang diberikan. Takut nanti dalam sebut harga lain, tapi bila buat tolakan gaji banyak pulak yang kena tolak. Nak tukar semula agak leceh.
Antara soalan yang boleh kita tanya berapa jumlah perlindungan, boleh tak keluarkan duit sebelum tempoh matang, berapa jumlah yang boleh keluarkan, kalau dah ada sakit boleh tak ambik takaful, dan macam-macam lagi.
Tahu nak buat tuntutan
Biasanya kalau kita nak buat sebarang tuntututan kita akan cari dan serahkan pada agen. Memang betul agen sepatutnya yang uruskan tuntutan pelanggan. Tapi pelanggan juga mesti tahu cara nak buat tuntutan. Sebab agen tak tentu ada bila kita perlukan mereka. Lebih-lebih lagi bagi polisi dah sudah berpuluh tahun.
Sekurang-kurangnya kita atau waris kita tahu polisi syarikat dan ada nombor telefon syarikat berkenaan.
Isi borang
Bila kita dah jelas dan puas hati, barulah isi dan tandatangan borang. Boleh pastikan maklumat yang ada di illustrasi sama dengan yqngbdiisiPerlu pastikan kita tahu borang apa yang kita tandatangan.
Jangan nanti terkejut kalau duit tiba-tiba kena tolak dari akaun bank, tapi kita tak minta pun buat potongan auto debit dari akaun gaji kita.
Tapi seeloknya kita bayar terus dengan buat potongan gaji supaya polisi kita tak 'lapse' dan terus berkuatkuasa, terutamanya kalau ambil pelan berserta kad perubatan. Kalau culas bayar, kemungkinan kad perubatan kita tak dapat guna di masa yang kita perlu.
* boleh sms nombor ic dan nama ke 0127682615 untuk sebut harga dari Hong Leong MSIG Takaful
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Jumaat, 12 Disember 2014
Minta sebut harga (quotation) takaful?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan