Sabtu, 29 November 2014

Laluan lebuhraya Pagoh 'keras'?

Selalu kita dengar laluan lebuhraya ni hadapi sedikit 'gangguan'. Bukan gangguan dari manusia dan binatang.

Kalau kawasan lebuhraya PLUS ni yang popular dengan cerita kemalangan disebabkan hal misteri selalu berlaku di sebelah Perak sana. Bahagian yang bergunung-ganang.

Kalau di Johor pun sebenarnya ada kawasan yang 'keras' sikit rupanya. Selama ni memandu tak pernah pun kena apa-apa, dan minta dijauhkanlah kena ganggu. Kawasan yang dimaksudkan adalah kawasan Pagoh.

Bila tanya kawan-kawan dari Muar, rupanya agak masyhur juga cerita pelik dan seram kawasan lebuhraya pagoh. Ada yang maklumkan kenderaan sering kemalangan di situ, sebab nak elak benda melintas. Mangsa biasa tak berapa jelas apa benda yang melintas.

Pengalaman sendiri.

Bukan diri sendiri yang kena. Tapi isteri sendiri yang kena.

Bawak kereta sorang-sorang dari negeri sembilan ke simpang renggam. Berhenti sekejap di rnr Pagoh. Hujan renyai-renyai. Baru keluar dari rnr wiper kereta tak berfungsi.



Kemudian kereta tiba tiba bergerak sendiri ke kiri, walaupun steering dah habis pusing ke kanan. Tekan brek nak berhenti tapi tak berfungsi. Akhirnya tarik brek tangan baru berhenti. Sikit lagi nak masuk parit.

Bila berhenti, terus gelap gelita. Lampu terpadam. Enjin tak boleh nak hidup. Hanya nampak melalui lampu kenderaan yang lalu arah bertentangan. Anehnya tak ada kenderaan yang berhenti nak tolong.

Ternampak juga selepas tu seperti kelibat laju melintas depan kereta. Bila dah banyak kali zikir, baca Fatihah dan ayat Kursi, baru enjin boleh hidup. Tapi lampu masih tak menyala.

Kereta boleh bergerak perlahan. Isyarat kecemasan dihidupkan. Kelajuan sekitar 40-50km/j sahaja. Kereta terasa berat walau dah habis tekan minyak. Dalam kereta,  terasa ada orang duduk di kerusi belakang, terdengar bunyi nafas seolah mengeluh.

Mulut memang tak berhenti baca fatihah dan ayat kursi. Radio tak berbunyi,  walaupun hidup.

Keadaan pulih sedikit demi sedikit bermula dengan lampu depan kereta hidup. Kemudian wiper berfungsi semula.  Kereta bergerak perlahan hinggalah sampai exit machap. Selepas bayar tol, semua berfungsi semula macam biasa.

Kereta boleh pecut. Yang menumpang tu dah keluar agaknya.

Sampai rumah memang pucat leai mukanya..

Apa pun syukur alhamdulillah semuanya selamat.

1 ulasan:

Wanita Bertudung Hitam berkata...

Ya Allah, dasyatnya..wife anda berseorangan masa tu? di manakah anda? kuatnya beliau..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...