Ahad, 20 April 2014

Perihal agen takaful - Aku punye paling bagus, yang lain haram!

* saya juga merupakan agen takaful (jenis sejuk..maksudnye tak berape jalan sangat)


Satu hari ketika berborak-borak bersame isteri tercinta, die cerita pula pasal hal agen takaful datang ke sekolah untuk promosi produk. Biasalah, kerja pemasaran ni memang begitu nak cari pelanggan.

Penerangannye agak menarik juga. Tapi ada satu hal yang tak kena. Mereka memburukkan operator takaful yang lain. Senang cerita, mereka kata hanya syarikat mereka saja yang halal, takaful yang lain sebenarnya haram dan syubhah...

Bila bukak saje cerita itu, terus cikgu-cikgu dah mula tak berminat...Kan dah rugi di situ kan?

Nasib baik jugelah bukan saye yang kena. Kalau tak memang 'kena' juga agen yang bawak cerita begini.

Kami punye saja yang halal?

Sebenarnya hal ini memang terjadi, dan selalu digunakan oleh agen takaful yang tak betanggungjawab. Tak perlulah didedahkan agen syarikat mana yang buat. Tapi kebanyakan agen takaful maklum agen syarikat mana punya kerja.

Saya pun percaya bukan semua agen syarikat tersebut buat begitu. Tapi yang segelintir ni yang bagi buruk nama syarikat. Mungkin mereka di'brain wash' begitu oleh manager masing-masing dan ketua agensi.

Kalau nak kejar sasaran pun, janganlah sampai memburukkan orang lain. Lebih buruk lagi hal yang dibawa itu tak tepat pun sebenarnya.

Hal teknikal operasi sesuatu produk dalam sistem kewangan Islam bukan semudah A B C.

Kenapa timbul isu?

Apa yang saya maklum isu ini timbul bila syarikat takaful tersebut dinaungi oleh syarikat insurans konvensional. Sebagai contoh Prudential BSN Takaful, Hong Leong MSIG Takaful, Etiqa Takaful dan banyak lagi.

Mereka yang memanipulasi isu ini saya kira tidak begitu faham bagaimana muamalat Islam berfungsi. Malah ada yang buat isu sentimen perkauman, "Hong Leong tu cina punya!"

Pada asasnya kita bebas bermuamalat dengan sesiapa saja asalkan akad / kontraknya menepati kehendak syarak. Tak kiralah dia bangsa apa, agama apa sekalipun. Bermuamalah dengan orang bukan Islam adalah lebih dengan muamalah dengan orang Islam yang tidak betul kontrak/akadnya.

Malah kesan baiknya yang dapat kita lihat, bangsa lain pun berminat nak laksanakan produk yang patuh syariah. Secara tak langsung meluaskan lagi pilihan orang ramai nak ambik produk yang patuh syariah. Tak bagus ke keadaan macam tu?

Lagipun kenyataan pukul rata haram ini seolah-olah memperkecilkan fungsi penasihat syariah di setiap pengendali takaful yang terdiri daripada mereka yang berkemahiran dalam bidang fiqh dan muamalat. Bukan calang-calang orang. Ada mufti, tokoh agama dan profesor/pensyarah dalam bidang pengajian Islam di Universiti.

Kita ada apa?

* kalau insurans tu, silelah rujuk fatwa JAKIM. Haram hukumnye..

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...