Rabu, 26 Februari 2014

Pernah guna kadfon telekom?

Al kisah.....Satu hari saye masuk kelas tahun enam menggantikan cikgu yang tidak hadir.


Ringkas ceritenye, saye memilih tajuk adab menggunakan harta benda awam. Cerita punya cerita sampailah pada kisah rosakkan telefon awam.

Murid-murid ini memang sedia maklum fasal telefon awam di kampung ini yang sudah jahanam, tinggal pondoknye saje. Hinggalah saya sebut telefon awam yang menggunakan kadfon telekom, semua terpinga-pinga.

" Ade ke telefon awam guna kad nak cucuk? "

" Kamu tak pernah jumpe ke selame ni? "

" dah 12 tahun hidup ni, ini pertama kali dengar "

Nampaknya budak-budak kampung sini tak pernah tengok telefon awam yang gunakan kadfon. Kesian...

Gambar dari Hikayat Budak Pening 

Yang ini dari blog duacongkak

Kali terakhir guna kadfon ni semasa sekolah di asrama sekitar tahun 2001 hingga 2002. Dah lama pun. Dulu ada juga simpan kad ni tapi entah ke mana dah letaknye.

Tak lupa juga agak popular 'trick' untuk guna telefon tanpa kurangkan baki kadfon. Maksudnye percuma la. Tapi tak elok le, lebih kurang macam curi 'line' telefon. Pernah juga buat beberape kali dulu haha.

Siape ade simpan lagi kadfon ni? Pernah jumpa?

2 ulasan:

Pha Is berkata...

hahaha.. siap kumpul lagi, buat hobi..

Haniza berkata...

stok aku masa kat penang call johor, siap boleh buat kad birthday utk mak aku saiz laptop tu ha besarnya.ehehehe

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...