Khamis, 17 Oktober 2013

Skim Cepat Kaya : Melayu tak serik?

Skim cepat kaya datang dan pergi silih berganti.

Tapi yang pelik dan hairannya ada saja mangsa yang percaya dan terpengaruh dengan benda-benda begitu.

Ini menunjukkan ilmu dan juga kesedaran kita terhadap perkara ini belum cukup dan meluas.

Paling ramai yang terlibat adalah:

M

E

L

A

Y

U

Ketika artikel ini ditulis, sedang hangat diperkatakan di FB Say No To MLM adalah Future Barrel yang turut mendapat komen dari Dr Zaharuddin di FB.

Dah puas ilmuan sendiri yang bagi nasihat pun tetap juga degil keras kepala nak bangkang tak memasal.

Macam kes swiss cash dulu, yang gebang hebat akhirnye menikus tak berbunyi...Senyap sepi.

Program yang baru ni nampak gayanya begitulah.

Bukannya BNM dan SC tak bagi peringatan. Kalau musykil, boleh saja email dan tanya pada mereka. Percuma. SC ada keluarkan senarai syarikat dan program yang 'bakal diserbu' berikutan tak ada lesen yang sah kutip deposit dari orang ramai.

Itu pun masih ada yang percaya dan menyalahkan SC dan juga BNM. Tak tahu nak cakap ape lagilah kalau mentalitinye udah begitu.

Biasenye bila dah terduduk, baru sedar dan menyesal tak sudah.

Cuba jenguk FB SNTM, yang datang 'backup' skim cepat gaya begini majoriti melayu.

1 ulasan:

Cun berkata...

Assalamualaikum Tuan. Saya ada satu soalan berkenaan MLM.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...