Isnin, 7 Oktober 2013

MLM mengikut Syariah?


Saya cuma seorang guru, jadi artikel dan pendapat ini bebas untuk dikritik. Pendapat yang dibuat adalah berdasarkan sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian di IPT dan juga pengalaman menyertai beberapa syarikat MLM.

1. Saya kira isu ini sudah lama. Tapi isu ini penting kerana melibatkan hal halal dan haram.


2. Garis panduan MLM Syariah JAKIM sudah pun ada. Malangnya tak ramai yang tahu kewujudannya, dan tak kurang juga yang tak mahu rujuk bila dicadangkan.

3. Saya berhenti menyertai MLM apabila 'sedar' ada perkara yang meragukan setelah membuat bacaan (buku dan beberapa latihan ilmiah yang berkaitan dengan isu MLM) dan penelitian, dan tak lupa juga teguran daripada beberapa orang kenalan dan pensyarah berkenaan dengan isu MLM.

3. Mana-mana syarikat MLM yang mahu pelannnya adalah patuh syariah, perlulah mengikuti garis panduan yang telah dikeluarkan. Perlu diingat, garis panduan itu bukanlah peraturan dan undang-undang yang wajib dipatuhi. Maksudnya tiada tindakan undang-undang yang akan diambil sekiranya syarikat tidak mematuhi garis panduan tersebut. TAPI sebagai umat Islam, hal halal dan haram perlu diberi perhatian.

4. Untuk memastikan syarikat mematuhi garispanduan itu, maka panel syariah perlu dilantik oleh syarikat. Ada dijelaskan dalam garis panduan dari JAKIM itu.


5. Syarikat yang tidak mengikuti garis panduan tersebut tidak bermakna MLM yang dijalankan HARAM. Cuma kemungkinan untuk wujud perkara yang bertentangan dengan muamalah Islam itu ada. Jadi ahli dan menggunakan produk tiade masalah. Jual pada orang lain pun tak ada masalah.

Cuma dalam menjalankan 'networking' kemungkinan ada masalah. Antara masalah yang ditimbulkan dalam MLM ini adalah upline mendapat hasil (komisyen / bonus) berdasarkan usaha belian dan jualan downline, lebih-lebih lagi daripada downline yang tidak dikenali (biasanya level jauh ke bawah).


Jadi berkenaan hal ini, cuma mereka yang menilai mempunyai jawapan.

6. Walaupun syarikat telah mempunyai panel syariah yang mengesahkan pelan pemasarannya adalah halal, tetapi JIKA terdapat ahli (biasanya leader) yang membuat manipulasi pelan, maka hukumnya adalah HARAM. Manipulasi pelan yang saya maksudkan adalah 'head hunting'. Kebiasaannya ahli membuat pembelian dalam jumlah yang banyak contohnya dua ribu, malah ada yang sehingga 30 ribu. Kemudian mencari downline yang boleh mengeluarkan wang yang banyak juga. 

Produk tidak diberi keutamaan. Lambakan produk berlaku lantaran tak dapat dijual. (bukan semua orang mahir menjual) Hal ini juga menyalahi garispanduan MLM Syariah JAKIM dalam hal tujuan dan keperluan membeli produk. Tak terkecuali juga perlu disemak adalah harga bagi sesuatu produk.

7. Pengalaman saya sendiri menghadiri seminar MLM, rata-rata menekankan mencari downline seramai yang mungkin. Produk tak berapa ditekankan. Contohnya syarikat uptrend (sekarang dah tak buat MLM), Luxor, omega trend dan Hai O. Sebab tanpa jaringan downline yang ramai (ditambah dengan pembelian yang banyak setiap seorang) tak mungkin upline boleh jadi kaya dan mendapat bonus yang banyak.

7. Jadi saya mengambil langkah untuk menjauhi MLM. Guna produk itu cerita lain, tapi untuk terus bergiat aktif sebagai 'side income' saya tak mahu.

2 ulasan:

LydSunshine berkata...

Saya sependapat dgn awak. Biasa org kita ni, kalau sebut je MLM ni dah disahkan halal oleh JAKIM, terus je percaya tanpa kaji cara mereka berurusniaga dan sebagainya. Mmg betul pun, kalo MLM ni selalunya lagi fokus nak cari downline. Produk yg dijual plak memang jenis produk yg susah nak laku sebab harga tahap ribu riban. Sape nak beli.

Nur Fauzi berkata...

MLM dah lame berakar umbi di Malaysia. Sebab itu masa mula kecoh pasal hal patuh syariah ni, ramai yang melenting.

boleh rujuk artikel pasal mlm dalam blog ni. ade saje yang 'gedil' menjawab entah ape-ape.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...