Rasanya pernah cakap berkenaan hal ni dulu.
Seringkali berlaku sebenarnye hari ini.
Sedang kita belek-belek laman FB, tiba-tiba ada 'post' dari sahabat yang mencadangkan satu video / artikel / berita di blog yang menarik perhatian kita.
Lalu tanpa melengahkan masa, kita pun 'klik' pada pautan yang ada, dengan harapan dapat terus membaca / melihat halaman berkenaan.
Tapi.
Masalahnya pula, sebelum baca, kena 'like' dahulu FB page blog berkenaan. Kalau tak nak like, kena tunggu beratus-ratus saat.
Pada saya, cara sebegini agak keji. Ya, keji kerana seolah memaksa. Walhal kalau tak buat begitu, orang tak mahu pun klik butang 'like'.
Lebih angin lagi bila maklumat yang kita baca setelah terpaksa like itu hanya indah kabar dari rupa. Tak menarik pun pada pandangan kita dan tak sewajarnya dapat 'like'.
Bukanlah nak cemburu tak memasal kerana blog cabuk ini tak ramai pengunjung. Tapi cara kumpul 'like' begitu adalah cara murahan dan kelihatan seperti terdesak (dan gila?) mahukan perhatian pembaca. Promosi blog dan FB page pun, biarlah kena dengan caranya.
Maklumat yang bagus, perkongsian yang menarik, artikel yang bermanfaat, orang akan suka dan 'like' tanpa diminta.
Semoga saya dijauhkan juga dari penyakit gila like ini.
FB Hidup Orang Biasa tak banyak like pun.
3 ulasan:
aku sendiri menyampah dng blog mcm tu...kalau masuk pastu kene tunggu atau like sebelum blh proceed baca, aku terus tekan pangkah...xde maknanya dia nak paksa aku like blog dia...
kalau mende baik. x pyh suruh pun org da like...
Nick:
Hang punye komen kawan terclik padam pule la...
Apan:
Menyampah bonar dengan blog / fb page macam tu. Jadi masalah pulak gila like tak memasal ni.
Catat Ulasan