Semalam menguruskan langganan internet yes4g. Kebetulan tinggal berdekatan dengan sekolah. Sekolah pun ade pacak 'tiang pencawang' untuk yes4g.
Jadi sementara uruskan pendaftaran semua, promoter tu turut promosi pelan pascabayar redONE. Sebelum ni ada juga perasan promosi redONE di tempat-tempat lain.
Jadi setelah mendapat penjelasan, saya dan isteri ambil keputusan untuk langgan pelan pascabayar redONE. Tapi nombor telefon tak ubah, masih lagi sama.
Kenapa?
Sebab sebelum ini guna prepaid. Sebulan guna RM30 paling kurang. Sebab selalu topup RM10, boleh guna 10 hari, lepas 10 hari kredit yang ada tak boleh nak guna. Nak guan kena 'topup' lagi. Kalau 'topup' RM30 pun sama juga. Lepas 30 hari kena 'topup' lagi walaupun baki masih lagi banyak.
Jadi biasanya bila dah luput masa, baki masih lagi banyak. Kalau RM10, habis 10 hari masih ada RM5 baki.
Kalau guna redONE?
Minimum RM8. Kalau guna tak sampai RM8 sebulan pun, tetap kena bayar RM8. Kalau guna lebih, kita bayar berdasarkan kadar yang kita guna.
Telefon redONE ke redONE = percuma
SMS redONE ke redONE = 5 sen per SMS
Telefon redONE ke rangkaian lain = 15 sen seminit
SMS redONE ke rangkaian lain = 10 sen per sms.
Jadi sesuai kalau kita ni jenis jarang guna perkhidmatan telefon dan SMS.
Kalau selalu guna pun boleh jimat juga sebab ada pelan 58 dan 88 (kadar panggilan 12 sen dan 10 sen seminit)
Nak lihat juga bil bulan hadapan setakat mana yang saya guna bila bertukar ke redONE.
Sayang nak tukar nombor lain, sebab dah lama sangat pakai nombor yang ada. Susah kawan-kawan nak cari nanti.
Anda tak nak cuba tukar ke pascabayar redONE?
4 ulasan:
awk.. saya betul2 nak tukar pelan redone ni. tapi mcm mana caranya?
Cari saje booth yang ade bunting redone di pasaraya besar. Kate nak guna redone. Kalau nak guna nombor yang lame pun bole. Tak igt berape kena bayar untuk daftar
berminat...wassup saya..0133996777...den
RedOne.. Memang best dan coverage luas.
Klau berminat sila whatsapp atau sms.. 01110601511 Faaris
Catat Ulasan