Selasa, 20 Ogos 2013

Bermacam-macam scam : NMG, VVIP Club

Tak tahulah apa yang tak kena dengan rakyat Malaysia.

Skim cepat kaya dah berlambak melanda, dan banyak yang terbukti 'scam' dan akhirnye didakwa.

Tapi macam tak serik-serik. Melambak skim cepat kaya dan penipu yang ada di dunia maya internet, melambak juga MELAYU yang tergila-gila turut serta dengan angan angan nak cepat kaya, dapat duit mudah, online saje boleh dapat duit.

Pendek kata nak duit senang tapi malas kerja. MAsihramai yang berfikiran begitu. Itulah sebab utamanya ramai benar terjerat dengan skim cepat kaya dan skim penipu.

https://www.facebook.com/SNTMLM

Sila dapatkan maklumat dari laman FB di atas. Banyak 'scam' yang didedahkan. Boleh tengok juga komen mereka yang berdegar mempertahankan skim mereka itu bersih dan HALAL.

NMG lah, VVIP Club lah,Infinity Downline, macam-macamlah lagi. Dari budak hingusan hinggalah kepada yang dewasa, ada yang terjebak masuk benda sebegini.

Ade yang jadi cikgu, tapi 'sengal' otak barangkali percaya dengan skim mengarut entah apa-apa. Polis pun ade yang terjebak skim begini. Siap berdegar nak buat report masuk bahagian jenayah komersil kononnya, akhirnye senyap membisu diam seribu bahasa.

Itu belum lagi masuk hal MLM yang tak menepati garis panduan MLM Syariah JAKIM.

Bila sentuh hal berkaitan garis panduan, memang ramai melenting tak terima. Tak lupe juge jawapan berpusing-pusing yang menjerut leher sendiri dan jawapan, perbandingan yang tak masuk akal.

Jemputlah lawat FB Say No to MLM. Baca post dan komen-komen yang lama.

Ada masa kelakar yang menggelikan hati baca jawapan balas merapu.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...