Selasa, 25 Jun 2013

Tinggalkan Public Gold (PG)?

Sebelum itu, saya bukanlah agen kepada mana-mana syarikat emas termasuklah Public Gold (PG). Setakat saya cuma ejen/wakil takaful Hong Leong MSIG Takaful sahaja.

Tetapi ada juga beberapa kenalan saya yang menjadi wakil/ejen PG dan tak kurang juga yang pernah menjalankan urusan jual beli emas dengan PG.


Berkenaan PG ini saya dapat cerita dari blog tuan Shahabudeen.

Ringkas ceritanya, penulis meninggalkan PG kerana tidak puas hati beberapa perkara.

Selesai membaca, perkara yang diungkitkan itu memang ada logik dan kebenarannya.

Hal berkenaan banyaknya cawangan PG yang mengurangkan pendapatan ejen. Kalau banyak cawangan, maka logiknya fungsi agen juga akan turut berkurangan. Kalau orang macam saya, lebih senang pergi berurusan sendiri di cawangan tanpa melibatkan ejen. Terus pergi ke pejabat dan beli.

Syarikat untung sebab kurang bayar komisyen kepada ejen. Kalau beli melalui ejen, syarikat kena bayar pada ejen.

Sejujurnya saya tak mahir dengan pelaburan dan penjualan emas. Kalau diikutkan kepada ekonomi Islam, emas adalah matawang, bukannya barang dagangan atau komoditi (kecuali dalam bentuk perhiasan).

Ustza Zaharuddin juga secara peribadi tidak bersetuju dengan kita beli dan jual emas, seperti main saham. Beli pada harga murah, jual pada harga tinggi dalam masa yang terlalu singkat. Panjang lebar perbahasannya, sukar nak dijelaskan di sini.

Berkenaan beli emas dengan cara buat loan?

Saya juga terdengar dan terbaca cara beli emas dengan membuat pembiayaan peribadi. Tak kiralah emas dengan syarikat mana sekalipun.

Perlu ingat, beli emas secara hutang hukumnya haram. Tapi berhutang dengan pihak lain (dengan bank) dan guna duit itu beli emas secara tunai dengan pihak lain - itu adalah harus. Jangan keliru puak ye.

Cara sebegitu sangat tak digalakkan. Urusniaga itu halal, kerana kita membeli emas dengan tunai, tapi berhutang dengan pihak bank. Namun perkara seperti itu kurang bijak dan berisiko. Hampir sama kes dengan buat pembiayaan beli saham ASB.

Bagaimana kalau harga emas turun tak naik-naik. Hutang tetap hutang. Kita dah terbeban dengan hutang. Adalah lebik baik kumpul emas dengan beli tunai. Sedikit demi sedikit. Emas banyak, hutang tak ada. Lebih tenang.

Atau bagi suami, boleh juga beli perhiasan emas untuk isteri. Harga emas naik, perhiasan pun turut naik sebab ikut harga emas semasa.


Siapa ade beli emas??

2 ulasan:

Tedi {interpretZZ} berkata...

Tak beli emas ni, kalau kereta remote control tu adalah... hehe..

Nur Fauzi berkata...

remote control pun mahal juge harge

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...