Isnin, 3 Disember 2012

Riba: Jalan Pintas ke Neraka?

Jumaat yang lalu saya terdengar khutbah jJumaat yang bertajuk Riba: Jalan Pintas ke Neraka.

Bagi saya tajuk itu jika dihayati betul-betul, sangat menggerunkan. Sebab kehidupan kita pada hari ini dikelilingi riba. Jika tak berhati-hati, sangat mudah untuk kita terjebak.

Bagi menjauhkan diri kita dari riba, kita perlukan ilmu berkenaan riba. Ya, mesti tahu serba sedikit tentang riba. Kalau tidak macam mana nak elak kan?

Walaubagaimanapun, khutbah yang saya dengar itu tidak menceritakan secara terperinci perkara atau instrumen yang menarik kita terlibat dengan riba. Hanay disentuh sedikit sahaja. Tak apalah, itu pun satu permulaan yang baik.

Ramai yang mahu elak riba, tapi tak sedar sudah terlibat dalam riba.

Senang kata, cuba kita lihat hari ini adakah kita ada buat pinjaman atau pembiayaan dari bank?
Pinjaman memebeli rumah.
Pinjaman memebeli kereta.
Pinjaman peribadi.
Pinjaman membeli alatan rumah / kelengkapan lain.

Jika ada, minta anda semak semula dokumen perjanjian dngan pihak bank. Adakah bank tersebut mengamalkan sistem perbankan Islam?

Jika tidak, dukacita dimaklumkan bahawa anda sudah terlibat dengan riba.

Ini baru hal melibatkan pinjaman, belum dilihat lagi pelaburan, perlindungan insurans, akaun bank, pembelian / pelaburan emas dan banyak lagi. Semuanya itu jika kita tak berhati-hati dan tak ada ilmu, memang mudah terlibat dngan riba.

Tak sempat nak belajar? Tak ada masa?

Rajin-rajinkan diri membaca atau sekurang-kurangnya TANYA atau RUJUK dahulu kepada orang yang tahu dalam bidang muamalat.

Jangan segan bertanya jika kita tak tahu.

Beberapa 'post' saya yang terdahulu berkaitan dengan riba:
Pinjaman rumah dan kereta haram?
Kenapa interest / bunga di bank haram?
Bagaimana keuntungan bank Islam halal?
Perbankan Islam ada Riba?
Insuran Haram?

Harapnya dapat memberi manfaat pada semua.

Bagi mereka yang mempunyai ilmu berkenaan hal muamalat, sebar-sebarkan. Sebab kebanyakan soalan yang saya dapat berhubung hal muamalat ini adalah perkara yang sangat asas. Kebiasannya berkaitan persoalan fiqh yang sangat asas dalam pinjaman dengan pihak bank, takaful, insurans.

p/s: hari ni pun Rancangan tanyalah Ustaz bincang hal hutang..

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...