Khamis, 9 Ogos 2012

The Great American Scam

Ini adalah cerita berkenaan hal MLM.

Bukan saya yang cerita. Tapi blogger ini yang tulis. (klik untuk baca)
Sebenarnya tulisan itu pun diambil dari blo aididmuaddib yang terkenal membantai program skim piramid dan MLM.


Saya tak mahulah cerita teliti satu persatu apa yang ditulis. Anda boleh cuba baca di blog itu.

Cuma huraiannya memang masuk akal dan juga logik. Kebanyakan MLM operasinya begitu.

Harga mahal daripada biasa satu hal. Siapa yang beli kalau harga lebih mahal dari kedai. Kalau tak ramai yang beli, bagaimana pula agen nak banyak dapat untung hasil jualan kepada end user?



" tak payah jual..Guna sendiri dan ajak orang lain guna sendiri "

Dengan cara cara ini pun boleh dapat keuntunga. Tapi syaratnya, mesti ada ramai downline. Cara nak cepat dapat downline? Head hunting. Rekrut sebanyak mungkin. Bila dah jadi begini produk biasanya tolak tepi. Hanya tempelan.

Dan kalau kita fikir secara logik, hanya dengan belian harga ahli, syarikat boleh bayar bonus untuk beberapa aras/level...Jadi berapa kos sebenar harga barang itu ye?

Tak mustahillah dengan harga satu penapis air RM 2000, boleh bayar bonus sampai 9 aras. Harga produk yang dibeli oleh ahli dah ambil kira pembayaran bonus yang bakal dibuat. Itupun setelah ditolak, mesti syarikat ada untung lagi. (mustahil sangat tak ambik untung).

Itu kalau semua level ada yang layak dapat bonus. Bagaimana kalau yang tak layak dapat bonus sebab tak cukup syarat? Ya, semua keuntungan syarikat yang sapu.

Itulah serba sedikit ulasan yang dapat dibuat.

Selebihnya, anda boleh baca dan buat penilaian sendiri.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...