Dari kecik dulu memang pernah dengar pasal bunga Bakawali. Rasanye ade lagu yang sebut bunga bakawali dalam lirik.
Tapi tak pernah pulak nak tengok dan cari. Atau dulu barangkali pernah jumpa, tapi tak tahu pula itu bunga bakawali.
Ini versi kuncup. (ambil dari internet)
Awal Ramadhan hari tu balik menjengah keluarga mertua. Barulah tahu selama ini bunya yang terjuntai di garaj kereta selama ini adalah bunga bakawali. Itu pun mujur mak mertua beritahu. Kalau tak, sepanjang umur (dah nak masuk 30 ni) tak tahu bunga bakawali ni macam mana.
Istimewanya bunga ini, waktu siang bunganya kuncup. Bunga ini hanya kembang pada waktu tengah malam.
Ya, waktu tengah malam sahaja! Menyeramkan?
Dan tentulah, kembangnya mesti disertai dengan bau segar dan harum bunga.
Boleh jadi seram sejuk pula kalau tiba-tiba waktu malam jalan sorang-sorang, tiba-tiba ada bau wangi bunga..
Ada banyak gambar di internet. Tapi yang ini adalah versi snap sendiri pukul 12.15 a.m di bulan Ramadhan.
Bunga belum masih belum kembang sepenuhnya. Tapi bau wangi dan menyegarkan.
Punyalah teruja nak tengok. Sanggup keluar pergi tengok malam-malam.
Anda pernah tengok sendiri bunga bakawali?
3 ulasan:
rasa2 macam tak pernah tengok
menarik...aku penah dngr nama bunga bakawali ni. lagu tu pun aku rasa mmg ada. tp x penah tau rupa dan kelainannya pun...
ada gak bunga kembang malam je ye...entah2 ak usendiri pun penah ngadap bunga ni sebelum ni...
hans: cube la tengok2 kat rumah ke, kat rumah jiran ke. ntah2 ade, cume tak perasan.
apan: tak percaya cuba la carik. omak den bagiau ade yang sanggup tunggu kelopak die kembang sikit-sikit. tak kuase den nak nunggu lamo-lamo.
Catat Ulasan