Rabu, 18 Julai 2012

Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol

Berita berkenaan kejadian itu boleh baca di sini. 





Punca sebenar pertelingkahan tak lah diketahui.

Zaman sekarang ni, kalau nak buat perangai samseng di premis-premis perniagaan memang senang sangat tertangkap.

CCTV dah ada. Bukti terang dan jelas tindakan kasar yang dilakukan. Payah kalau kes ni masuk mahkamah. Susah nak menang pihak yang pukul.

Bukti yang nyata diperlukan. Kalau polis tu nak kata sebab kena provokasi, atau kena maki carut-carut ke, tiada saksi yang ada untuk megesahkan. Tapibukti video CCTV jelas nampak apa yang dilakukan.

Berita macam ni sedikit sebanyak mencemarkan imej PDRM...Iyelah, sudahlah dipalitkan dengan macam-macam kontroversi. Keluar pula berita macam ini.

Jadi kita tak boleh juga nak menyalahkan sepenuhnya orang yang berprasangka buruk terhadap polis, kerana maklumat yang diterima kebanyakannya negatif, mungkin ditambah pula dengan pengalaman sendiri. (kene pukul tak memasal dengan FRU ke...)

Kepada polis-polis diluar sana. Jalankanlah tanggungjawab dengan penuh amanah.

p/s: saya ada kawan yang berkhidmat sebagai anggota polis...

1 ulasan:

msredcheesecake berkata...

sape pun kita jalankan amanah dgn baik...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...