Ahad, 8 Julai 2012

Perihal arak

Bukan nak cerita banyak tentang pembuatan arak.

Tak mahu juga cerita tentang nas-nas pengharaman arak. Sudah banyak ada di internet.


Itu dia 10 orang yang terpalit sekali dosa dengan arak.

Ya, ramai sangat yang ingat minum saje yang dapat dosa. Tauke yang jual arak saje dapat dosa.

Jangan lupa, hari ini di Malaysia, ramai umat Islam yang terpalit sama dosa arak ni. Walaupun tak minum dan tak jual.

Contoh senang, pelanggan beli Carlsberg di 7eleven / atau pasaraya. Siapa juruwang yang kendalikan? (mujur eden kojo cashier kek Mydin dulu )

Rata-rata juruwang di kedai serbaneka 7eleven adalah individu Muslim. Kasihan mereka bila ada pelanggan yang beli arak, mereka kena uruskan. Termasuk juga dalam 10 golongan yang dapat dosa daripada arak itu.

" Saya driver je. Lagipun bukan arak je yang saya bawak dalam van ni. " 
- Masih dikira yang menghantar. Dapat saham sekali.

" Bang, saya kerja pelayan, saya bawa saje. Tak minum pun "
- Tukang bawa pun dapat saham sekali.

Mungkin ada pasaraya yang peka, buat kaunter khas untuk minuman keras yang diuruskan oleh juruwang bukan Islam.

Tapi berapa banyak 'BOS' yang peka hal begitu?

3 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

memang penting pengetahuan apabila kita buat sesuatu perkara

Nur Fauzi berkata...

benar...
cuma bila terkenang adik-adik yang terpaksa berurusan dengann arak kat kaunter juruwang, rasa kesian.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dgn YANG MENGUTP CUKAI ARAK?

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...