Saya pun tak pasti entry berkenaan ASB yang ke berapa saya tulis.
Cuma tertarik dengan tajuk ' Loan ASB ' sebab siang tadi ke Maybank. Nak deposit duit syiling yang dah dikumpul, beserta dengan duit kertas RM1. Biasalah tolong isteri berniaga kecil-kecil. Jadi duit yang terkumpul pun kecil-kecil jugalah.
Semasa mengisi borang, sempat juga kakitangan maybank tawarkan simpanan ASB. Katanya " setahun pun dah dapat untung dik ". Tak ketinggalan juga penawaran pinjaman/pembiayaan untuk beli saham ASB.
Minggu sebelum ini Insurans Bijak Malaysia, kali ini ASB pulak...
Mungkn sebab tengah promosi. Saya lihat tergantung 'flyers' dan hiasan bertulis Bijak ASB.
Kalau tanya pada saya, saya tetap dengan pendirian bahawa ASB tidak patuh Syariah. Jadi tidak kiralah dengan pembiayaan, atau tanpa pembiayaan, ianya tidak boleh. Full Stop.
Saya tertarik juga dengan cara membuat pinjaman untuk melabur. Adakah cara ini berkesan?
Saya terjumpa penerangan di blog JustUnitTrust (klik untuk baca)
Mengapa perlu buat pinjaman kalau sebenarnya kita mampu untuk bayar sendiri ke unit trust itu setiap bulan? Nampak benar kawalan diri dan pengurusan kewangan kita tidak berapa kukuh.
Perlu ingat, pinjaman/pembiayaan ada caj/kos yang dikenakan. Walaupun, kita masih untung jika diveden tahunan adalah lebih besar daripada caj pinjaman bank, bukankah lebih baik kalau kita maksimumkan pendapatan melalui unit trust itu dengan bayar tunai daripada diri kita sendiri?
BLR tidak tetap. Kadarnya berubah. Begitu juga dengan pelaburan. Ada masa harga unit naik, ada masa naik banyak, dan ada masa rugi. Pelaburan memang berisiko.
JAdi untuk selamat, lebih baik melabur dengan tunai yang ada pada diri kita. Janagn berhuang untuk melabur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan