Isnin, 16 Julai 2012

Karikatur hina orang Kelantan?

Saya terjumpa karikatur ini di sini.

Jadi mana-mana negeri yang menang piala, orang di negeri itu kuat tendang orang?


Saya bukan orang Kelantan. Saya orang Johor.

Tapi saya tak selesa bila benda yang menggalakkan orang berpuak-puak ni terlepas begitu sahaja ke media.

Saya ada ramai kawan yanng berasal dari Kelantan. Tiada sebarang masalah pun.

Malah kawan saya ni rajin mengingatkan, nasihatkan rakan-rakan. Terutama bila masuk waktu solat. 

Kalau nak kata orang Kelantan bermasalah, orang negeri lain pun banyak juga buruk perangai. Bukan Kelantan saja.

Hentikanlah benda-benda begini. 

Err...anda yang membaca ni orang Kelantan ke? 

2 ulasan:

suffer8zine berkata...

terima kasih untuk kredit ya bro, saya setuju dengan ayat2 didalam entri ini, saya juga orang johor yang lahir di negeri sembilan dan kini menetap di kuala lumpur rasa tak senang sintimen kenegerian ini dipermain2kan dalam bentuk jenaka. sensitiviti kene jaga..

Nur Fauzi berkata...

sentimen kenegerian ni memang semulajadi...tempat jatuh lagikan dikenang...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...