Selasa, 10 Julai 2012

Infinity Downline HARAM

Mari kita membaca :

Saya rasa tak perlu saya jelaskan apa itu Infinity Downline (ID). Kalau taip di enjin carian, berlambak maklumat yang kita boleh dapat. 

Cuma nak ulang semula bahawa menyertai ID ini adalah haram. Kerana ID merupakan satu transaksi muamalat yang banyak bercanggah dengan konsep muamalat Islam. Saya tak mahu cerita sangat berkenaan   ID dengan 'civil law' di Malaysia, cuma lebih banyak menekankan kepada konsep muamalat yang patuh syariah.



Walaubagaimanapun, undang-undang di Malaysia juga termasuk sebahagian daripada penentuan haram / halal kerana ianya merupakan adat ataupun uruf masayarakat setempat. Ia juga adalah hukum takzir yang dijalankan oleh ihak pemerintah. Selagi mana hukum takzir atau undang-undang tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang syariah, ia WAJIB dipatuhi.

Log in facebook dapat 100, buat duit dengan Facebook, macam macam lagilah nama lain kepada ID ini.

Kalau kita lihat di Facebook (FB), berlambak-lambak manusia di Malaysia yang masih tak sedar diri dan melakukan ID ini untuk cari duit (ada yang kata cari rezeki).


Gambar kipas duit, tidur dengan duit, main-main duit, tayang-tayang duit, macam macam lagi. (kononnya sudah kaya sangatlah)
Mujur tak ada yang minum duit, makan duit, bakar duit, atau istinjak guna duit. 

Bukan susah mana nak buat helah begitu. Katakan gaji sebulan RM 1500. Keluarkan RM 1450, susun elok-elok macam kipas. Dah nampak banyak. Kalau ada yang lagi bijak, guna photoshop! 

Saya cuma mahu sentuh berkenaan rukun kepada jual beli dahulu, memandangkan ramai ahli ID di Facebook saya lihat berhujjah mengatakan urusniaga mereka patuh syariah dan menepati syarat jual beli. Namun ada sesetengahnya yang saya baca, kenyataannya terpesong dan menyeleweng.

Boleh cuba baca penjelasan itu di sini. Anda nilai sendiri, kredibilitinya boleh dipersoalkan. Hanya melalui laman Q&A sebuah web, hukum halal boleh dikeluarkan. Semudah itu?

Perlu kita ketahui bahawa untuk mendapat pengesahan halal, terutama berkenaan perniagaan yang mempunyai sistem tajaan sebegini bukan satu perkara yang boleh dibuat sambil lewa dan mudah. Garis panduan syariah yang paling hampir untuk menilai sistem yang digunakan oleh ID adalah Garis Panduan MLM Syariah yang dikeluarkan oleh JAKIM. 

Walaupun ID ini bukan berpusat di Malaysia, tidak berdaftar di Malaysia dibawah Akta Jualan Langsung, namun ciri-cirinya menyamai dengan MLM. Ia bukannya sistem Affiliate seperti mana yang dicanang oleh sebahagian besar mereka yang menyertai ID. Affiliate secara kasarnya menggunkan konsep ujrah/upah. Namun ia masih tidak lari daripada isu syariah.
(Akan dijelaskan di lain masa perbezaan ID dengan affiliate)

Penipuan boleh berlaku dalam sistem ID ini. 
Rukun jual beli ada 4 iaitu penjual, pembeli, barang dan akad/ sighah (ijab dan qabul).

Dalam hal penjual dan pembeli sendiri boleh berlaku penipuan. Ada banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Sekiranya ID ini satu entiti perniagaan yang sebenar, persoalan dibawah boleh dijawab dengan baik beserta bukti yang kukuh. 

Antara persoalan yang berkaitan dengan rukun jula beli yang boleh ditanya:

- mereka membeli barang daripada siapa? Daripada upline atau syarikat? Dalam MLM, peserta baru membeli barang daripada syarikat, kemudian syarikat akan membayar komisyen kepada upline. 

- mengapa perlu buat bayaran kepada akaun bank upline, bukan akaun bank syarikat? Hal ini sangat penting dalam menepati syarat rukun jual beli. Pembeli perlu jelas isapa,penjual juga perlu jelas siapa.

- Dari segi akad / sighah. Apa dokumen yang menunjukkan berlaku sighah? Perlu ada butir-butir peribadi yang jelas diisi dalam borang online. 
Adakah perbezaan antara kontrak  / akad menjadi ahli ID dan akad membeli barang ID. Kalau ada, apa bukti yang menunjukkan sighah itu berlaku? 
Bagaimana pula bentuk emel pengesahan status ahli  Adakah nombor ahli diberi? 
Adakah rekod setiap ahli beserta butir peribadi asa seperti nombor pengenalan diri, alamat dan nombor telefon disimpan?
Syarikat yang bertanggungjawab, perlu ada semua maklumat ahli yang berdaftar dengan sistem ini. Segala borang, perlu ada walaupun secara online. That is business.

- katakanlah, ianya perniagaan affiliate, mengapa upline dapat komisyen 100% daripada downline? Komisyen sepatutnya tak boleh 100%. Jadi ia berbalik kepada masalah, barang itu dimiliki oleh siapa sebenarnya? Upline, ataupun syarikat ID itu? Kalau dimiliki oleh upline (milik kita) mengapa bila ita buat jualan kepada downline, ada sistem reverse up yang membolehkan upline kita yang mendapat RM100 itu daripada belian downline kita? 

- Kalau dikatakan upline menjual kepada downline, bagaimana pula jika ada orang yang menjadi downline kepada dirinya sendiri? Menjual barang kepada diri sendiri? Dalam hal lain boleh mempunyai 2 ID / keahlian dengan satu nama? Hal sebegini dilarang  Jika ada, terjadi, salah satu akaun perlu dibatalkan. Mengapa perlu  2 keahlian?

- Produk yang dijual pula, adakah ianya benar-benar diperlukan? Difahamkan pembeli akan dapat banyak produk maya, antaranya cara menggunakan windows vista, bible, cara menggunakan wordpress dan banyak lagi. Dengan RM 100, kita dapat berlambak-lambak produk maya yang belum pasti kita akan gunakan. Mungkin satu pun kita tak guna. Jadi apa maksudnya beli produk yang kita tak mahu gunakan? 

Ada banyak lagi sebenarnya keraguan yang boleh ditimbulkan, cuma rasanya cukup dahlu setakat ini. Jika apa yang saya persoalkan di atas, dalam artikel ini tak dapat dijawab dan dibuktikan dengan baik, jelas ianya adala money game yang telah jelas haram.

Harap dapat dimanfaatkan bersama-sama.

* penulis adalah graduan Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya.



Semoga sedikit sebanyak dapat menjelaskan anda berkenaan helah yang vuba dibuat oleh Infinity Downline ini.

Sila lawati link ini:
https://www.facebook.com/benciinfinitydownline
http://www.paranormal-marketing.com/2010/05/02/infinity-downline-system-members-wont-be-retiring-early/

8 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

macam2 skim ada sekarang ni, bijak le memilih agar tidak rugi di masa hadapan

Nur Fauzi berkata...

harapnya mereka yang belum tahu, tak masuk ke dalam scam yang mengarut begini.

syazfiq88 berkata...

lbh baik tggalkan benda2 mcm nie..mengganggu 1, yg kdua bermotifkan duit semata2..penipuan nk cpt dpt duit tu terjadi selalu..

Nur Fauzi berkata...

betul itu..sudah terang lagi bersuluh...tapi ade yang buat-buat tak nampak.

Hafiz berkata...

Assalamualaiku tuan, terima kasih atas pandangan anda, sangat bermanfaat bagi Newbie IM seperti saya, mohan share, terima kasih.

http://usahawansebenar.blogspot.com/2013/12/selamat-menyambut-tahun-baru-2014.html

mohd taufik berkata...

Assalamualaikum tuan,setelah saya melihat pandangan tuan saya makin berhati-hati terima kasih kepada tuan, rasanya ini lebih baik dikongsi kan kepada seluruh masyarakat..

Unknown berkata...

Tuan boleh x sy sharekn satu sijil yg mngesahkn infinity downline sdh lulus syariah...tuan dh periksa ke blom sijil tersebut...klau belum knpe tuan menjatuhkan haram

Unknown berkata...

Tuan mahu x sy sharekn satu sijil yg telah mngesahkn biz ini patuh syariah..sy tkot ustz trlepas pndg shj..sy pelik tuan jatuhkn hukum haram..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...