Sabtu, 2 Jun 2012

Beli nombor punya pasal.



Kalau aku yang beli, mesti orang kata membazir kan?

Persepsi masing-masing.

Tapi kalau tak kerana kedudukan, takkan dapat plat macam tu.

Tak guna duit rakyat?

Somehow it is hard for me to believe it.

Perniagaan? Mungkin juga. Perniagaan yang menguntungkan memungkinkan perkara ini berlaku. Ramai juga yang tahu kerabat diraja ada perniagaan yang menguntungkan.

Cuma benda ini isu sensitif. Sensitif bagi orang bawahan. Pemimpin suruh berjimat, tapi cakap macam tak serupa bikin.

Orang pun boleh juga pertikai pemimpin dapat 'business' sebab statusnya sebagai pemimpin. Orang-orang bawahan susah nak dapat peluang macam tu.

Rakyat pun sensitif. Bukan golongan elit saja.

Kepada yang membela tak memasal. Gunalah akal.

Selagi namanya manusia, takkan tak boleh ditegur langsung?

Bukan bertaraf tuhan sampai tak boleh pertikai.

Logik akalnya, orang yang hidup susah kalau tahu pun boleh berfikir dan terasa.

"kalau guna duit untuk bantu orang susah kan bagus" teramat ramai orang yang difikirannya terlintas begini.

Bukan aku saja, bukan saja Nizar, tapi ramai orang,

Jadi janganlah marah. Sepatutnya peka dengan keadaan marhaen yang semakin hari semakin terhimpit.

Wasatiyah jadi pemimpin?

Kalau ahli perniagaan jutawan, mungkin orang tak bising,

Masalah timbul sebab pemimpin rakyat buat begitu.

Mana orang tak merungut.. "suruh wasatiyah (sederhana) tapi belanja mewah-mewah "

Hakikatnya rakyat bawahan, rakyat biasa, memang ramai yang merungut dengan keadaan pemimpin yang bermewah-mewah ini.


2 ulasan:

APAN berkata...

aku suka ayat yg ni...

Pemimpin suruh berjimat, tapi cakap macam tak serupa bikin.

haha...

ROJAK berkata...

raja johor? siapa tahu raja johor asal dari mana? mcmana dorang datang dari seberang sampai johor dapat jadi raja?

memang betul orang takkan bising rakyat jadi kaya raya tapi kalau pemimpin yang kaya raya pasti timbul banyak konflik.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...