Ahad, 20 Mei 2012

Skim cepat kaya diserbu!

Syarikat jualan langsung promosi skim piramid diserbu

Sila klik untuk baca.

Apa yang dapat saya ulas adalah:

1. Perniagaan itu asalnya adalah dibenarkan disisi undang-undang Malaysia. Syarikat mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

2. Diserbu kerana ahli yang memanipulasi pelan, fokuskan kepada pencarian downline tanpa hirau produk.  Pelan fast track dengan pembelian berpuluh ribu RM. Ahli yang masuk perlu cari downline dengan belian pertama juga berpuluh ribu RM.

3. Perkara tersebut adalah salah dan menyerupai skim cepat kaya. Produk digunakan sebagai helah.

4. Orang yang didakwa mungkin leader/agen yang mengetuai kumpulan tersebut. Perkara head hunting ini juga kalau tak silap menyalahi akta jualan langsung dan bertentangan dengan garispanduan MLM Syariah JAKIM.

5. Syarikat boleh lepas tangan dan meletakkan kesalahan kepada agen. Syarikat ada lesen besar (lesen jualan langsung). Kejam kan begitu?

6. Walhal, kebanyakan masa, syarikatlah yang paling untung masyuk (bos MLM la..siape lagi) sebab jualan naik mendadak. Ramai yang buat pembelian pertama terus beribu-ribu RM. Mustahil kalau syarikat tak tahu sebab rekod pembelian semua ada pada syarikat. Kalau dah seribu orang masuk terus dengan belian pertama berpuluh ribu, takan tak boleh nak syak lagi?

7. Contoh mudah, syarikat Uptrend, DCHL dan Hai-O (sekadar menyebut beberapa syarikat). Ramai leader canang fast track berpuluh ribu RM.
Kes DCHL, ada kumpulan yang berkereta mewah diserbu di Lembah Klang. Tapi syarikat lepas bebas. Yang akan dipersalahkan adalah agen kerana buat manipulasi.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...