Isnin, 23 April 2012

Rosak lagu & generasi -program versus

*  ini pendapat peribadi. peminat program Versus disarankan tekan ALT dan F4 serentak. 


Semalam singgah warung.

Sementara menunggu makanan sampai, terpandang siaran di televisyen.

Rancangan Versus.

Beberapa band bertanding, mengolah semula lagu lama.

Telinga bingit dek kerana terasa rosaknya lagu lama dijadikan rock.

Kebetulan lagu Sudirman semua.

Lagu yang bermesej jadi tak kesampaian mesej.

Yang terlihat hanya kekeliruan identiti anak muda Islam sekarang.

Ungkapan " akulah penyambung warisan " tenggelam. Mesej tak dapat disampaikan.

Warisan apa yang hendak disambung. Rambut warna kari? warna padle pop?

Sebagai seorah ayah, seorang guru di sekolah, terfikir juga.

Ini generasi yang mahu pimpin negara?

Mamat berambut kari begini mahu menanamkan nilai murni Islam dalam diri masyarakat?

Tak rela diriku anak yang dijaga jadi begitu.

Biarlah setakat kerja kebun, kumpul buah sawit.

Asal jati diri dan nilai Islam teguh bertapak di hati..


Tidak cukup lagi rancangan hiburan di TV? Bukan setakat sudah hanyut, tapi lemas dan tenggelam dengan hedonisme.

p/s: bukan anti hiburan, jauh sekali anti muzik. Tapi sejauh mana perkara itu boleh dimanfaatkan untuk selamatkan kita di SANA nanti?

1 ulasan:

APAN berkata...

belum penah tengok lagi rancangan ni...kalau lagu lama gubah jadi baru, mesti ada yg x suka. majoriti akan lebih suka lagu lama. tpi, kalau kena cara, kdg2 pun aku lagi minat lagu yg diolah semula...tmbh2 versi rock. hehe...

kalau golongan mcm tu, x pyh nak 'idol' kan sngt la. layan lagu je la. kalau nak ikut, mmg kelaut belaka. da dasar artis... :)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...