Khamis, 12 April 2012

Mengharap syurga dengan membuat murka /derhaka?

Siapa yang tak mahu syurga? Semua mahu.

Gila kalau tak mahu. Kurang sihat akalnya barang kali.

Namun agak lucu bila kita mengimpikan syurga dengan cara membuat murka.

Betul begitu?

Ramai yang tak sedar sebenarnya. Namun tak semua begitu.

Contoh:

Suami
Mengharapkan keluara yang bahagia, isteri dan anak yang soleh. Tapi dalam masa yang sama tidak soleh dan taat pada ibu bapa. Kewajipan lelaki, masih perlu taat pada ibunya walaupun sudah berkahwin. Macam mana nak isteri dan anak jadi soleh, kalau dia sendiri tak soleh pada ibunya?
Mahu anak yang taat, tapi kita tak taat pada ibu? Mahu isteri yang taat, tapi kita tidak taat pada ibu?

Isteri
Mengimpikan syurga, tapi sering mengundang murka insan yang paling perlu ditaatinya, iaitu suami. Seorang lelaki, perlu redha ibu dan ayahnya. Seorang isteri, tak cium bau syurga kalau suaminya tidak redha.
Keutamaan taat wanita berubah selepas dia berkahwin. Suami sepatutnya nombor 1. Bukannya kerja, bukannya assignment, bukan mak ayah, bukan nenek.
Suami telefon cakap molek-molek, diibalasnya mrah-marah. Mahu syurga begitu?


Semua itu biasanya dilakukan tanpa kita sedar.

Tapi itu realiti yang selalu berlaku, dan sedang berlaku.

kita mahu jadi yang macam mana?

* ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang mahu ambil iktibar..

5 ulasan:

APAN berkata...

agak terasa juga diri ini.huhu...peringatan yg baik cikgu :)

Nur Fauzi berkata...

sebenarnya nak ingatkan diri sendiri ni.

msredcheesecake berkata...

Kalau mahu syurga kena berusaha dgn cara betul.... Harap berjaya...

aReLaN berkata...

betul tu.sume orang nak syurga tapi usaha tu takde.hmmm..moga kita sume mampu meneruskan usaha mendapatkan syurga di sana nanti.

Sharinginfoz berkata...

thanks ingat mengingati...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...