Sabtu, 28 April 2012

Bersih 3.0 Ganas?

Umum tahu hakikat sebenar.

Provokasi. Kekasaran. Siapa yang lakukan. Siapa yang mulakan.

Siapa yang zalim. Siapa yang dizalimi.

Kalau tidak serius isu yang dibawa, masakan puluhan ribu mahu gadai masa berkumpul.

Minuman air kimia dan hiduan gas pemedih mata disajikan percuma.
 

salah satu gambar

Carian gambar bersih, pasti terlihat kita lautan manusia.

Media utama?

Sudah ramai yang tak mahu layan dan peduli.

Senario politik sekarang tidak seperti dulu.

Menjadi pembangkang tidak berdosa. Ubahlah pemikiran kepada yang tidak dapa terima.

Hakikatnya undang-undang menjelaskan kita berhak memilih siapa. Jadi sama-sama kita hormati pandangan masing-masing.


p/s: teringat bersih pertama dulu, media tv3 keluarkan berita tipu waktu tengah hari. Katanya tak ramai berhimpun. beberapa ribu saja hadir. Hakikatnya, sekatan polis buat sesak dari tol sngai besi sampai ke bangi. Puluhan ribu manusia berjalan kaki laung bersih di Kuala Lumpur.


1 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

entahlah apa nak jadi..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...