" kerajaan dah bagi bantuan RM500, kita patut syukur. Sokong kerajaan yang ada"
" kakitangan awam dah dapat kenaikan gaji lagi. Bersyukur la."
" bantuan rm 100 pada murid sekolah, rm500 untuk rakyat, baucer buku, itu pun tanak sokong BN lagi ke?"
" kalau tak sokong kerajaan, tak layak ambik RM500 tu. Dasar pembangkang tak guna "
Macam-macam lagi dialog yang ada.
Saya sendiri kena tempias-tempias sindir begini.
Mentaliti rakyat Malaysia, ramai masih beranggapan menyokong parti pembangkang itu jahat dan salah.
Tak diungkapkan, tetapi keadaan yang berlaku seolah-olah begitu.
Bagaimana jika BN yang jadi pembangkang dan dilabel sebagai jahat dan penipu? Penyokongnya pasti panas hati.
Hakikatnya hak memilih ini disebut dalam undang-undang. Kita boleh undi siapa yang kita mahu.
Kehadiran pembangkang penting sebagai check and balance.
Kalau undi pembangkang salah, buat saja sistem satu parti.
" Duit rm500 ambik, tapi bangkang kerajaan. Tak malu "
Kasihan sebenarnya dengar komen sebegini.
Apa pun anda bebas memilih siapa yang anda mahu.
Cuma, sebagaimana anda mahu orang hormat pilihan dan pandangan anda, hormatlah juga pilihan dan pandangan orang lain.
Hujah, komen emosi tanpa fakta cuma memperlihatkan kedangkalan dan kerendahan intelektual kita.
1 ulasan:
cukai kerajaan naik...
tak mustahil harga minyak naik kalau BN menang PRU13..kenaikan cukai atau kenaikan harga apa jenis barang adalah untuk cover balik duit yang dah diberi kepada rakyat.
Catat Ulasan