Isnin, 9 April 2012

70 ribu sambut PM di Batu Pahat?

Baca berita ini.(klik)






Saya berada di sana ketika PM datang ke stadium Batu Pahat.

Ya, memang ramai manusia yang hadir.

Tapi kalau betul 70 ribu datang, padang mesti penuh sesak dengan manusia, tak muat sampai ke jalan raya.

Surat khabar kalau nak kipas pun, janganlah melampau sangat.

Kalau nak kata 10 ribu - 20 ribu tu boleh percaya lagi.

Mungkin 70ribu tu termasuk yang berada di pasar dan di premis2 kedai sekitar bandar batu pahat.

Macam mana orang nak percaya kalau surat khabar perdana selalu kelentong.

Kalau betul 70 ribu, agak mustahil bagi saya yang datang agak lewat dapat lihat perarakan masuk PM, TPM dan VVIP lain pada jarak 5 meter.

Tambahan: 
- semua kakitangan kerajaan di Batu Pahat diwajibkan datang. Termasuklah cikgu-cikgu sekolah. (tapi ramai juga yang tak datang). Kakitangan awam di daerah lain juga dikerah datang.

- semasa PM tengah berucap pun, ramai yang seronok 'shopping' di gerai-gerai. Speaker kalau pasang banyak sikit, baru satu padang boleh dengar. Yang shopping, tak dengar satu hape pun.

- gerai-gerai pameran, terutama yang berdekatan dengan pentas memang laku. Jadi sasaran orang. Harga tu tak tahulah murah ke, mahal ke..

- sebelum PM datang, adalah artis yang buat persembahan. Alif aziz menyanyi atas pentas, peminat yang terkinja-kinja adalah dalam 20m persegi. Yang lain tengok kejpa, sambil-sambil lalu.

- paling ramai datang dan penuh melaut depan pentas masa PM ambil tempat atas pentas. Ada 70 ribu orang? jauh sekali. Kalau berita lapor 20 ribu tu boleh terima lagi.


Bukan nak kondem. Cuma kalau boleh, media bagi laporan yang betul.

4 ulasan:

APAN berkata...

jauh tu beza...tpi mmg gitu sokmo kebiasaannya pun...sama la isu lain pun.kasi kencang punya pasal...yg ni lebih kpd kipas sudah.haha...

cikgu2 pun dikerah ek...claim la bro...

Nur Fauzi berkata...

kat batu pahat, semua sekolah dapat surat kena pergi.
daerah lain tak tau la.

Ramai tu memang, tapi 70 ribu tu jauh benar.

Tanpa Nama berkata...

Alah tak payah la nak buat baik kat sini. This is not the place.

Dr sibuk hal org lain baik ko settle dosa pahala ko sendiri.
Ni la perangai cikgu zaman sekarang tak berkualiti langsung. Otak ko penuh sAmpah!!

Nur Fauzi berkata...

i let your comment here.
so people who visit can see who is the real rubbish.

This is not the place?
this is my blog.
who the hell are you want to curse here.
want to keep cursing? do it in your own blog.
owh..better mind about your own sin, raher than looking at mine

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...