Khamis, 16 Februari 2012

Spekulasi mata wang haram. Forex?

Bila kata spekulasi mata wang, jadi mahu tak mahu, memang ada kaitan dengan forex.


Spekulasi mata wang haram (klik untuk baca)


Dalam berita itu, fatwa jelas mengatakan bahawa perkara tersebut adalah dilarang.

Kita perlu ingat bahawa dalam Islam, duit tidak boleh menghasilkan duit. Matawang bukan termasuk dalam kategori barang dagangan atau komoditi yang boleh diurusniagakan. Matawang hanya sekadar medium pertukaran.

Sebab itu mengambil untung atas pinjaman, seperti mengenakan kadar bunga adalah haram. Sebab kita dapat hasil daripada duit. Lain ceritanya kalau dapat untung melalui jual beli.

Jadi bagaimana dengan lambakan forex yang ada di internet?

Sudah terang lagi bersulu. Selain daripada fatwa kebangsaan, sebelum ini isu forex telah pun dibincangkan di sini : 

Namun begitu masih ramai lagi "kepala" kaki forex yang masih tidak dapat menerima, walaupun telah dijelaskan dengan terperinci dan menggunakan dalil yang kuat dari sudut syariah. 

Jadi kepada yang belum terlibat, sama-sama kita kauhi aktiviti seperti ini. Banyak lagi cara mencari rezeki yang lebih berkat dan baik.

p/s : lebih baik buat kempen nuffnang, says.my, churp-churp atau survey online di internet haha.

5 ulasan:

Pejuang Kesenian Extreme berkata...

Mereka tidak dapat menerimanya sebab apa bro,sebab keuntungan mereka memang besar..Lagi2 yang pakar,lagi bertambah besar..

Nur Fauzi berkata...

biasanya begitu...duit banyak boleh buat manusia tenggelam.

sama juga dengan ejen insurans konvensional, dah ada fatwa keluar, tapi masih tak nak ubah sebab duit.

ROJAK berkata...

duit punya pasal..peminat forex peduli apa semua ni..

aReLaN berkata...

beselah tu kalau dah ketagih sangat kan.orang cakap haram pon dia tetap takleh terima.sama la cam rokok gak.hmmm

Nur Fauzi berkata...

itu rokok lagi sensitif punya celita..

ustat pun lamai yang isap lokok maaa...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...