Saya makan madu sejak kecil.
Selalunya masa sarapan pagi, makan dengan telur separuh masak dan roti. Sedap...
Setakat ni saya paling suka rasa madu khaula. Tak masam, manis dan likat.Cuma harganya.....Kalau dulu harganya RM60 sebotol, sekarang sudah RM75.....Madu yang ini boleh tahan juga.
Kalau tiba masa "sengkek", memang beli madu tempatan yang biasanya dalam RM10 sebotol itu. Tapi nak cari yang asli ni payah juga, sebab banyak benar yang tiruan di pasaran. Alangkan yang berlabel pun boleh ada yang tiruan, inikan pula yang dijual di pasar malam, ditepi jalan.
Saya pernah berjumpa dengan Prof Dr Kamaruddin Mohd Yusof di UM dahulu dan bertanyakan tentang madu.
Semasa pameran penyelidikan itu juga orang ramai ditunjukkan contoh madu tiruan yang kelihatan memang sama dengan madu asli. Malah rasanya juga ada yang tidak jauh beza.
Kata Prof Kamaruddin, cara yang paling tepat menentukan madu itu asli atau tidak adalah dengan ujian makmal. Itu yang paling tepat. Ada orang kata madu asli semut tak hurung. Tak tepat juga sebab kajian yang dibuat beliau, ada jenis madu yang semut hurung.
Petua minum madu.
Saya tidaklah tahu cara rawatan tradisonal menggunakan madu. Tapi saya cuma mengamalkan:
Minum 1 sudu madu (kadang-kadang campur dalam air) waktu pagi sebelum sarapan pagi dan juga sebelum tidur.
Waktu dulu-dulu, zaman berpantang menjaga suara, memang tiap-tiap hari hentam madu. (tapi tak la sampai sebotol sehari)
Terasa juga tekak dan kerongkong lega.
Kesan minum madu?
Kesannya tak dapat dilihat dalam jangka masa pendek.
Paling nyata saya rasakan, bila buang air memang lawas. Lancar dan lega....
Tapi kena selalu amalkan la. Setakat minum sekali, tak cukup. Bila kita amalkan selalu, baru akan nampak kesannya.
Anda suka minum madu?
2 ulasan:
memang bagus madu ni kan tapi saya dah lama tak ambil madu ni
Masa jumpa prof kamarudin di UM dulu, memang dia galakkan semua orang ambil madu sikit setiap hari. cuma kena pastikan yang asli la...
kalau nak murah, madu tempatan ang ternak tu pun bagus.
Catat Ulasan