Selasa, 28 Februari 2012

Konsert Erykah Badu..Kontroversi gambar.

Kecoh pula sekarang pasal konsert si Erykah Badu.

Konsertnya dibatalkan di Malaysia. Baca sini.

Kenapa di batalkan?

Pasti gara-gara gambar kontroversinya di sini. (tak mahu upload di blog ini)

Persolannya..

Macam mana boleh terlepas pandang gambar sebegitu di akhbar The Star?
Akhbar ini banyak kali juga mengundang kontroversi berkaitan Islam.
Editor rasanya perlu semak semua hal yang akan diterbitkan di akhbar.

Siapa yang menjemput artis itu ke sini?
Siapa pula yang memberi kelulusan?

Yakin benar, akibat gambar kontrovesinya itu, konsert itu dibatalkan.

Apa jadi kalau kontroversi gambar itu tidak wujud. Rasanya pasti berlangsung dengan jayanya....

Kecewa benarnya dengan pihak yang memberi kelulusan untuk konsert-konsert sebegini. Dalam kementerian Pendidikan berusaha merombak kurikulum, mahu mendidik murid, satu pihak yang lain, beriya-iya menghidangkan candu hedonisme untuk tatapan anak-anak Malaysia.

Bagus begitu? Kasihan penat lelah usaha cikgu-cikgu di sekolah....



2 ulasan:

APAN berkata...

tah sape dia ni pun aku lom penah dengar lagi...tau2 je artis...
tengok gambo mmg menganjeng semacam tatu...

Nur Fauzi berkata...

eden pun tak pernah tau.
tup2 muncul kat berita pasal tatu badan dia tu.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...