Selasa, 24 Januari 2012

Rancangan Seekers kembali lagi..

Terbaca dalam surat khabar Sinar tentang program seekers.

Khabarnya akanmuncul semula.

Terbaca pula di sini : http://www.hmetro.com.my/articles/Seekerslebihsaspens/Article/

Apa halnya program SAMPAH seperti ini nak diadakan semula.

Sudah terbukti dulu ada penipuan yang dilakukan oleh ahli seekers semasa program.

Kononnya selimut bergerak sendiri...Bull shit.


Bukan tak percaya

Kewujudan makhlus halus diakui dalam Islam.


Apa objektifnya rancangan itu nak sangat melihat makhlus halus @ jin itu?

Nak buktikan benda itu wujud? Tak payah, dah ada disebut dalam Al-Quran.

Apa halnya kerja kita nak mencari sangat?

Hakikatnya benda itu sentiasa ada di sekeliling kita setiap hari.

Ya, bila rasa malas nak buat ibadah, taknak patuh perintah Allah, maksudnya 'benda' itu sudah berjaya menghasut kita. Rasa mengantuk malas bangun solat subuh?

Jangan buang masa mencari. Sudah jelas mata kasar kita takkan dapat melihat mereka.

Allah dah ciptakan mata kita tak dapat melihat 'mereka', jadi jangan cari penyakit nak tengok. Sekali Allah buka hijab mata tu, terberak terkencing kita dibuatnya ketakutan.

Harapnya program SAMPAH tak berguna ini tak akan diteruskan lagi di masa akan datang.

Dari kita sibuk nak mencari 'entiti' itu, baik kita persiapkan diri kita nak menghadap Allah nanti.

p/s: Kepada mereka yang menyokong kuat program seperti ini...Shame on you!

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...