Rabu, 18 Januari 2012

MPV proton Exora

MPV proton nampaknya mendapat sambutan.


Proton Exora (klik untuk lihat)

Saya tak tahu sambutannya bagaimana. Bgaimana dengan kualitinya menurut pengguna yang telah memakainya.

Baru-baru ini dikeluarkan pula Exora Bold yang diwar-warkan lebih hebat dan mengancam dari versi exora yang lain.

Bentuknya agak menarik dan ranggi (pendapat peribadi).

Cuma agak sangsi dengan kemampuan enjin 1.6cc berbanding tubuh badan exora yang besar. Rata-rata MPV sebesar exora mempunyai enjin berkapasiti 1.8cc ke atas.

Jika diambil kira dari segi harga, rekabentuk, enjin, ruang dan lain-lain, mungkin Exora Bold adalah MPV terbaik di bawah harga RM 100k.

Saya ada berkira-kira mahu membeli MPV di masa akan datang memandangkan saiznya yang boleh memuatkan ramai orang.
( sebenarnya keluarga suka pergi berjalan. Jadi kalau ada MPV, boleh angkut ramai-ramai)

Tapi mungkin tidak membeli yang baru, yang terpakai rasanya sudah memadai.

11 ulasan:

duan berkata...

ramai tau agaka bengang sebab exora yang termoden kluar bila dorg baru je exora model lama..huhu

Nur Fauzi berkata...

itu yang leceh. tak lama lepas beli, keluar pulak versi baru yang enjin dia lagi umphhh..memang panas hati la...

roha berkata...

perkembangan teknologi takkan terhenti jadi model2 baru yg lbih hebat pasti akan keluar. normal la ni. henpon pun mcm tu jg. ni semua bisness strategi.tapi spe yg bru je bli model lma pastu x lama kuar plak mdel bru memei la panas hehe. apakata sblm bli tu, buat kajian btul2 n usha2 syarikt pngeluar kot2 diorng nk lnch mdel bru dlm ms trdkt.skg dh sng boleh gna intrnt je nk cri info..cadangan je ni hehe

Nur Fauzi berkata...

apo nak buek jang..

cume kesian la, org yg beli 1st model launch tu. sebab tengok review prestasi exora bold ni, enjin macam bagos.

RPM 2.4 boleh speed 110km/j. hebat la tu. bawak saga yang baru pun RPM dah 3 speed tak sampai 100 lagi.

(eden punya saga 1.5 tahun 1990, RPM 2.4 speed baru 70km/j hahahaha)

Hazadi Mansor berkata...

Trade in exora lama aku 54 ribu. Top up 27 ribu untuk Bold CFE. Memang hebat juga versi upgrade ni. Enjin berkuasa. Lambak fik beradik 3 orang dengan mak dan abah sekali, naik bukit tak terasa pun berat. Memang terbukti kuasa 138 kekuda. Average petrol consumption pula dalam 8L/100km. Boleh tahan tu. Dah hampir 42 hari aku pandu kereta ni. Dah masuk 3565km, takde sebarang masalah pun. Masalahnyer cuma org yang jeles tengok aku bawa 1 famili.keluar tapi pick up masih tetap laju. Kuang kuang kuang

shark berkata...

Aku da drive 4 ribu km dalam masa 3 minggu...mmg puas hati la....pick up hebat lebih2 lg tang highway. Aku bawak 5 dewasa 2 budak kecik setakat si lina tu aku tapau senang2 jer masa balik ipoh ikut plus...

Nur Fauzi berkata...

waa..nampak ok exora versi baru ni...ade la pasang angan-angan nak beli,. tapi dalam 3-4 tahun lagi la hehe

Unknown berkata...

Setuju.saya pakai exora bold cfe standard ajer.tpi kemampuan menaiki genting dgn 4 dewasa full aircond pakai D ajer..sesekali aje bila nak dengkikan org saya pakai L melompat2 EB saya masuk selekoh genting meninggalkan kereta import prestige lain.seronok lah pakai EB.minyak bg saya kira ok sesangat kalau nak compare dgn saiz dan berat. Sekitar.0.20 sen saje dgn jisim berat kaki kanan saya ni hehehe.pling seronok masa kat traffic light tekan 2000 rpm semua kete lain ketinggalan.mungkin tgh pk nak pakai gear apa nak kitai balik EB saya. Yg kurg bes tp belum komplen bunyi angin.maybe sbb lower spec kut bunyi angin kuat sikit bila bwk 120kmj.tpi 3rd sebis nak komplen.

Unknown berkata...

Setuju.saya pakai exora bold cfe standard ajer.tpi kemampuan menaiki genting dgn 4 dewasa full aircond pakai D ajer..sesekali aje bila nak dengkikan org saya pakai L melompat2 EB saya masuk selekoh genting meninggalkan kereta import prestige lain.seronok lah pakai EB.minyak bg saya kira ok sesangat kalau nak compare dgn saiz dan berat. Sekitar.0.20 sen saje dgn jisim berat kaki kanan saya ni hehehe.pling seronok masa kat traffic light tekan 2000 rpm semua kete lain ketinggalan.mungkin tgh pk nak pakai gear apa nak kitai balik EB saya. Yg kurg bes tp belum komplen bunyi angin.maybe sbb lower spec kut bunyi angin kuat sikit bila bwk 120kmj.tpi 3rd sebis nak komplen.

Nur Fauzi berkata...

Sekarang ni baru pakai persona je dulu. Anak masuk 3 atau 4 nnt baru nak ambik mpv. Nak angkat exora terus tak cukup bajet pulak hehe.

Wak K berkata...

Aku pun nak pakai exora jugak nanti..kalau tgk dari segi harga, perfomance, kapasiti,keselesaan dan juga bentuk design mmg ok sangat2.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...