Rabu, 25 Januari 2012

Kes mahasiswa UPSI digantung pengajian

Kes ini sudah tidak panas lagi.

Namun berikutan kes pelajar UPSI yang menurunkan bendera PM di putrajaya, muncul klip ludah mahasiswa yang sengal di youtube.

Satu Malaysia gempar. Ramai pihak yang mengecam tindakan mahasiswa itu. Namun ada juga yang menyokong dan mempertahankan.

Komenku


Tindakan demikian adalah hasil daripada perasaan tidak puas hati mahasiswa UPSI. Iye lah, penat belajar tentang pendidikan 4 tahun, keluar Universiti belum tentu dapat kerja jadi guru. Nak cari kerja lain pun agak susah. Iyelah tengok ijazah pun, ijazah pendidikan. Majikan akan fikir bila dia dipanggil untuk 'posting' mesti dia cabut. Jadi tak payah ambik kerja.

Orang Ijazah lain yang ambik KPLI (macam den ni haa) senang-senang je dapat tempat. Pelajar UPSI yang memang dari awal dilatih untuk jadi guru, keluar tak tentu dapat posting. Apa cerita.

Kalau saya jadi mahasiswa UPSI pun, saya tak puas hati.

Tapi....

Tindakannya di Putrajaya itu memang satu kesalahan juga.

Apatah lagi sebagai insan yang dilatih menjadi guru, semarah mana pun kamu, kamu perlu bersabar. Susah juga kalau guru bertindak sedemikian rupa, macam mana pula dengan anak murid?

Dalam satu hal, saya tidak setuju dengan kerajaan sekarang yang dilihat berat sebelah dan memandang ringan kes 'posting' mahasiswa UPSI ini.

Namun tindakan mahasiswa yang menurunkan bendera PM itu juga satu kesilapan. Mungkin anak muda, darah masih panas membara. Jadi saya rasa hukuman wajar dijatuhkan. Kalau saya jadi NC UPSI pun, saya akan ambil tindakan. Cuma jumlah penggantungan 3 semester itu, saya rasa macam lama sangat...(rasa 1 semester cukuplah..untuk bagi pengajaran)

Jadi saya tidak bersetuju jugalah dengan pihak yang nampak macam 'harcore', beriya-iya mempertahankan tindakan pelajar itu. Bagi saya salah tetap salah. Sebagai bakal guru, anda perlu bijak berfikir dan menangangi masalah. Tindakan kita sebagai guru akan dipandang oleh masyarakat.

2 ulasan:

APAN berkata...

yg ni aku suka...aku da bosan isu bendera2 ludah ni.sebab bila baca2, aku jadi 50 50...tertanya2 betul ke apa yg dorang buat ni.pendapat ko ni aku sokong.kita serupa :)

Nur Fauzi berkata...

dari satu segi, memang patut pun pelajar UPSI tu tak puas hati. Lame mengaji 4 tahun nak jadi cikgu, tapi tiba-tiba tak dapat. nak cari kerja lain payah dah sebab kelulusan pendidikan.

Tapi mamat yang turunkan bendera Najib tu salah jugak. Masuk tempat orang, kena la jaga adab. Lagi-lagi bakal jadi cikgu.

Cuma kesian la lame kena gantung.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...