Ini maklum balas dari keluarga Amalina
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibusangkaltohmahanblog/Article
Ini pula adalah antara contoh komen blogger lain.
http://www.duniacacamarba.blogspot.com/2012/01/gambar-benarkah-gadis-sosial-maut-ini.html
Anda boleh buat carian sendiri dan boleh lihat banyak komen dan gambar.
Ulasanku
Bukan masalah akademik yang dibangkitkan.
Bukan masalah lulus ataupun gagal seorang pelajar diluar negara.
Melambak pelajar yang SPM cemerlang, tapi tak berapa cemerlang di Universiti. Memang terjadi dan biasa terjadi.
Isu yang dibangkitkan di sini adalah soal harga diri, soal akhlak dan peribadi , soal jati diri seseorang, juga melibatkan soal pegangan agama seseorang.
Hari ini internet cukup berkuasa. Tak sampai seminit gambar sensasi terpapar di Facebook, sudah berpuluh, beratus, malah beribu blog membuat ulasan.
Tak sampai seminit dimuatnaik di UK, kecoh satu Malaysia boleh tengok.
Saya secrara peribadi sedih sebab nampak murahnya dan longgarnya jati diri orang melayu Islam.
Tambah sedih apabila keluarga sendiri (yang juga merupakan warga pendidik di sekolah) menyatakan anaknya tidak bersalah.
Apabila kita sudah menjadi ikon masyarakat, ingat perhatian orang kepada kita menjadi lebih. Walaupun kesilapan yang kita buat sama saja dengan kesilapan orang lain, namun akan dipandang lebih berat kerana sudah menjadi ikon.
Benda dah jadi. Apa yang lebih penting, sama-sama kita terapkan nilai Islam dengan kukuh dalam diri anak muda hari ini.
*ade orang kata
"lantak dia la nak jadi apa. dosa tanggung sendiri."
" mak dia tak marah pun. korang sebok ape hal?"
"sebok jage tepi kain orang. kainsendiri jage la"
dan banyak lagi ungkapan yang lebih kurang maksudnye.
Kalau macam tu, pergi sekolah, nasihatkan cikgu-cikgu kat sekolah. Cikgu disiplin, cikgu jqaf, cikgu pendidikan islam, cikgu sivik, cikgu moral, semua cikgu termasuk pengetua dan GPK hem juga. Cakap tak payah jaga tepi kain anak murid, mak bapak pandai ajar sendiri nak anak jadi macam mana.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 4 Januari 2012
Kes Amalina berbaju seksi - ulasanku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ada gak baca penafian mak dia siang tadi...mmg lebih kpd meyebelahi anaknya.tah la...masa tau mak dia cikgu pun aku agak terkejut.harap beliau berubah je la...
isu ni timbul...kes safiah yg dulu pun naik balik...huhu...
Catat Ulasan