" wei kau bising-bising, kau kerja dengan kerajaan tau tak."
" banyak sangat komen kerajaan. duit gaji kerajaan jugak bagi"
" kau ingat kalau PR jadi pemerintah, Malaysia boleh kaya macam ni ke ha"
Dialog picisan yang sering kedengaran. Terasa seperti tahap orang duduk pedalaman yang tak pernah belajar.
1. Kerajaan sekarang diperintah oleh parti yang menang pilihanraya.
2. Jadi, perti yang menang hanya menguruskan kerajaan Malaysia. Menguruskan dana dan amanah yang diberikan oleh rakyat.
3. Kakitangan awam dapat gaji dari kerajaan. Bukan duit parti yang memerintah. Penjawat awam dapat gaji hasil daripada pendapatan kerajaan ( antaranya cukai yang kita semua bayar).
4. Penjawat awam perlu berterima kasih kepada majikan (kerajaan Malaysia), bukan parti BN. Kalau kerajaan Malaysia diperintah oleh PR pun, penjawat awam masih dapat gaji hasil dari pendapatan kerajaan, bukan duit parti PR.
5. Penjawat awam mesti undi BN? Tak semestinya. Tercatat dalam undang-undang pengundi berhak pilih siapa yang dia suka. Tidak boleh ada paksaan.
6. Penjawat awam perlu kenang jasa kerajaan? Terima kasih bagi gaji. Tapi penjawat awam dapat gaji atas dasar kerja dan usaha yang mereka lakukan. Bukan percuma. Kita bagi khidmat, majikan bagi upah.
7. Kalau PR yang memerintah dan guna alasan kakitangan awam perlu kenang jasa kerajaan PR bagaimana? Mesti ada yang tak puas hati dan tak setuju.
8. Negara lain parti yang memerintah kerajaan bertukar-tukar. Di USA demokrat dan republican bergilir jadi kerajaan. Apa yang pelik? Mereka tetap jadi world player.
9. 50 tahun parti yang sama memerintah. Nak tukar sekali tak boleh? Asyik pakai baju yang sama, nak juga sesekali pakai baju lain. Apa masalah?
10. Kalau parti pemerintah bertukar, Malaysia tetap jadi Malaysia. Di mata luar kerajaan Malaysia tetap akan dipanggil kerajaan Malaysia.
11. PR memerintah ekonomi melungkup? Jadi mengapa audit puji prestasi negeri Penang, Selangor? Kenapa kutipan hasil boleh dipertingkatkan? Kelantan tak juga bankrup walau 20 tahun TG Nik Aziz jadi pemerintah.
12. Kamu suka BN, aku suka PR. Ape masalah nak marah aku? Aku tak marah kau pun.
13. Penjawat awam yang sokong BN. Apa rasa kalau kerajaan PR bagi tekanan dan ungkit jasa PR pada penjawat awam. Suka?
Tak setuju? Tak suka? Anda tak dihalang untuk pergi dari sini.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Khamis, 19 Januari 2012
Janganlah lurus bendul sangat....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
memang patut pun kerajaan sekarang ditumbangkan. teringin nak rasa tertegaknya pemerintahan islam di malaysia secara menyeluruh terutama dari segi undang2. nak rasa jugak harga minyak turun, harga gula turun, harga tepung turun, bil letrik turun, tambang bas turun etc..
Catat Ulasan