Rasanya malam semalam pasti ramai yang tercongok di hadapan televisyen kerana mahu menonton perlawanan bola sepak Pra Olimpik 2012 di London. Perlawanan antara Malaysia dan Bahrain.
Stadium Bukit Jalil penuh dengan kehadiran penyokong.
Rasanya tak perlu nak diceritakan bagaimana perlawanan berlangsung.
Bagaimana pasukan kebangsaan kita boleh mendahului dengan jaringan cantik. Kemudian ditambah lagi dengan satu gol separuh masa kedua.
Keputusan yang meyakinkan.
Tapi entah kenapa tiba-tiba dalam masa kurang 7 minit, kedudukan 2-0 bertukar menjadi 3-2.
Hilang fokus. Itu saja.
Mungkin rasa terlalu selesa dan selamat dengan dua jaringan, menjadikan kita leka.
Satu pengajaran yang cukup bermakna untuk pasukan Malaysia.
Sebenarnya dalam apa pekerjaan pun, jika kita tilang tumpuan, tidak serius, memang ranap jadinya.
p/s: menonton sambil tersengguk mengantuk, dengan netbook didepan mata (buat assignment)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan