Rancangan seperti ini semakin mendapat sambutran.
Saya sebagai seorang guru, sangat tidak bersetuju dengan rancangan realiti seperti ini.
Mengapa?
Kerana kehadiran program realiti seperti ini lebih banyak merosakkan pelajar daripada membina.
Penat lelah guru Pendidikan Islam di sekolah mengajar dan mendidik murid, datang pula lambakan program hiburan seperti ini menghakis nilai murini sebagai seorang muslim dalam diri pelajar.
Kebaikan?
Ya memang ada yang berkata, rancangan seperti ini memberi kebaikan kepada pelajar.
Mencungkil bakat.
Memberi pendedahan.
Kemahiran komunikasi.
Berani ke hadapan.
Keterampilan.
Memang itu boleh kita dapati daripada rancangan seperti ini. Namun sedar atau tidak didikan dan pengaruh negatif yang masuk ke dalam fikiran menerusi rancangan seperti ini?
Pergaulan bebas.
Pendedahan aurat.
Kurang rasa malu.
Pengaruh barat (tingkah laku, pakaian, tutur kata dll..)
Pembaziran masa
Budaya hedonisme
Anak-anak kecil seharusnya diasuh dengan didikan yang betul. Bagi muslim, wajib mengajar anak-anak mereka tentang perkara asas fardu ain. Bagaimana nak jaga perkara fardu ain, jika hal aurat pun gagal diterapkan pada pelajar?
Mereka mudah terpengaruh. Jika usia seawal ini kita hidangkan dengan budaya hedonisme seperti ini? Apa lagi boleh kita harapkan daripada mereka pada masa akan datang?
Jika boleh, rancangan hiburan seperti itu perlu dimurnikan dengan nilai-nilai Islam. Pastikan peserta menutup aurat, lagu-lagu yang positif dan membina (bukan jiwang karat meleleh), berpakaian sopan, dan lain-lain perkara yang difikirkan sesuai.
Anda mahu suka anak anda masuk program seperti ini?
p/s: tak sekali-kali aku bagi anak aku masuk benda mengarut macam ni bila dia besar nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan